PENGARAH Syamsul Yusof akhirnya mengaku sudah berkahwin dengan pelakon Ira Kazar di Thailand. Syamsul berkata, pernikahan tersebut berwakil walikan oleh bapa Ira sendiri iaitu pelakon veteran Kazar Saisi. "Saya hendak jelaskan semua ini. Saya nak beritahu bahawa saya dan Ira telah bernikah secara sah dengan berwalikan bapanya Kazaar di Thailand. Ira kini sah isteri kedua Syamsul. “Sebab kami nikah di Thailand adalah untuk memudahkan beberapa perkara," katanya. Syamsul memuat naik video penjelasan tersebut di laman Instagram miliknya pada Jumaat. Tambah Syamsul dia dan Puteri Sarah Liyana masih lagi suami isteri yang sah dan berharap pelakon itu dapat bertemunya untuk berbincang tentang kemelut di antara mereka selama ini. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syamsul Yusof enggan ikut cara Puteri Sarah, tak rela buka pekung hal rumah tangga... Minta sedikit masa jelaskan isu kahwin dua ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof dakwa Jawi dedah maklumat, mahu saman RM10 juta termasuk fitnah kahwin lagi "Puteri Sarah masih isteri saya. harap Sarah pulanglah ke rumah supaya kita boleh berbincang masalah yang berlaku. Tak perlulah nak hebahkan di media sosial dan buka aib orang. "Sudah-sudahlah bawa anak keluar tanpa izin suami. Saya tak mahu orang cakap saya tak menjalankan tanggungjawab sebagai suami," ujarnya. Kemelut rumah tangga Syamsul dan Sarah antara yang terhangat diperkatakan sepanjang tahun 2022. Sarah masih isteri Syamsul yang sah. Sarah sebelum ini mendedahkan Ira sebagai orang ketiga yang mengganggu rumah tangga mereka sejak empat tahun lalu dan turut membawa masalah ini ke muka pengadilan. Untuk rekod Syamsul dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayyah 4. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI