suria

Pesanan Syamsul Yusof buat Puteri Sarah, Ira Kazar... “Moga kedua isteriku tenang dan banyakkan sabar”

Syamsul mohon isteri-isterinya tenang dan banyakkan bersabar.

SEKIAN lama mendiamkan diri selepas pendedahan perkahwinan keduanya dengan Ira Kazar, pengarah Syamsul Yusof akhirnya memuat naik hantaran terbaharu berserta pesanan buat kedua-dua isterinya.

Dalam perkongsian terbaharunya itu, Syamsul, 39, memohon agar Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar bertenang dan bersabar menghadapi dugaan dan ujian dalam perhubungan mereka.

"Morning! Moga kedua-dua isteriku tenang dan banyakkan bersabar. Doakan yang baik-baik," katanya.

syamsul2 - 1

Diharap kemelut antara Sarah, Syamsul dan Ira dapat diselesaikan dengan baik.

Bersama kapsyen tersebut, Syamsul turut memuat naik foto pernikahannya dengan dengan Puteri Sarah dan Ira Kazar.

Sebelum itu, pengarah filem Munafik ini juga dilihat memuat naik Instastory memperlihatkan foto makanan dan video pemandangan matahari terbenam di kawasan pantai.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Nantilah..." Itulah komen Kazar ketika wartawan mStar muncul depan rumah

ARTIKEL BERKAITAN: "Besan kami bukan dia" - Ibu Syamsul Yusof tak ada kaitan dengan Kazar, menantu hanya Puteri Sarah

Pada Jumaat lalu, Syamsul membuat kejutan apabila mengumumkan telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand.

Kenyataan itu telah mencetus pelbagai reaksi daripada peminat, termasuk ibu bapa pengarah itu sendiri iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.

Menurut Yusof, dia reda dengan takdir yang telah ditentukan ini, namun berasa kecewa kerana anak lelakinya itu tidak berbincang dengannya sebelum membuat keputusan untuk berkahwin lain.

syamsul3 - 1

Perkongsian Syamsul di Instastory.

Sementara itu, ibunya Patimah juga mendedahkan tidak akan memaafkan Kazar Saisi kerana telah membenarkan anaknya bernikah dengan Syamsul.

Malah, Patimah juga tidak mengaku Kazar sebagai besan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain