suria

Syamsul Yusof minta dua isteri bertenang, ini reaksi Puteri Sarah... “Malunya, Syaikhul dan Sumayyah dapat ayah macam ni”

Sarah mohon Syamsul tidak menyakitkan hati anak-anak.

KEMELUT rumah tangga antara pelakon Puteri Sarah Liyana dan suami iaitu Syamsul Yusof nampaknya belum berakhir kerana masing-masing dilihat saling membalas kenyataan di media sosial.

Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, dia cuba untuk tidak memberikan reaksi terhadap perkara yang sudah berlaku, namun terpaksa bersuara kerana ingin menyatakan rasa kecewa bagi pihak keluarga.

"Orang jahil akan serlahkan kejahilannya. Walaupun dia disangka berilmu. Saya cuba untuk tidak memberikan reaksi kerana semuanya sudah berlaku.

sr1 - 1

Kenyataan yang dibuat oleh Puteri Sarah di Instastory.

"Tetapi saya rasa bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa saya berasa kecewa dan malu bagi pihak anak-anak serta keluarga," katanya.

Sarah berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Selasa.

Perkongsian Sarah itu dipercayai merujuk kepada kenyataan yang telah dibuat oleh Syamsul Yusof sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesanan Syamsul Yusof buat Puteri Sarah, Ira Kazar... "Moga kedua isteriku tenang dan banyakkan sabar"

ARTIKEL BERKAITAN: "Besan kami bukan dia" - Ibu Syamsul Yusof tak ada kaitan dengan Kazar, menantu hanya Puteri Sarah

Terdahulu, Syamsul meminta dua isterinya iaitu Puteri Sarah dan Ira Kazar bertenang dan banyakkan bersabar berdepan ujian hubungan mereka.

Pengarah filem Mat Kilau itu turut memuat naik foto perkahwinannya bersama kedua-dua isteri.

Sementara itu, Sarah memohon agar Syamsul tidak lagi menyakiti hati anak-anak dan berfikir dahulu sebelum membuat sebarang hantaran di media sosial.

Ini kerana Syaikhul dan Sumayyah sedang membesar dan terdedah dengan penggunaan telefon pintar.

"Syaikhul dan Sumayyah sedang membesar dan saya tidak boleh sorok mereka daripada telefon pintar.

"Jangan sesekali menyakiti hati dan perasaan anak-anak. Berfikirlah sebelum membuat sebarang hantaran.

"Malunya ya Allah, Syaikhul dan Sumayyah dapat ayah macam ni," katanya.

sr2 - 1

Sarah mohon Syamsul memikirkan soal perasaan anak-anak.

Untuk rekod, Syamsul dan Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Pada Jumaat lalu, Syamsul membuat kejutan apabila mengumumkan telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dan berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain