suria

Isteri PU Abu enggan ambil tahu konflik suami, Hana Azraa… Minta tidak lagi diganggu selepas 4 tahun bersabar

Kemelut Hana Azraa, PU Abu dan juga Ain Afini masih belum bertemu titik noktah.

ISTERI pertama Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Ain Afini tampil mengulas isu membabitkan suaminya dan Hana Azraa.

Menerusi perkongsian di Instastory pada Ahad, Ain meminta agar tiada mana-mana pihak menghantar sebarang berita kepadanya berhubung perkara itu.

Kata Ain, dia tidak berminat untuk mengambil tahu mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan netizen itu.

Ain Afini komen isu PU Abu dan Hana Azraa.

"Tidak perlu sampaikan apa-apa kepada saya. Tak berminat untuk saya ambil tahu. Dia rasa okay untuk dedah dan biarkan dia.

"Awak baca sebagai 'pengganggu' dan saya baca sebagai 'suami dan isteri'. Kenapa? Sebab tiada keputusan rasmi daripada hakim," katanya.

Tambah Ain, dia sudah cukup bersabar selama empat tahun ini dan meminta agar dirinya tidak diganggu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini amaran terakhir” - Hana Azraa hilang sabar masih diganggu PU Abu

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Ikut hukum saya bukan lagi isterinya” - Hana Azraa rimas diganggu PU Abu, diekori sampai ke Makkah

"Saya tak layan orang psiko. Cukup empat tahun. Awak lapar perhatian? Awak dah dapat. Tapi kenapa empat tahun lalu awak tak buat benda sama sewaktu nak jadi madu.

"Jangan jadi seseorang yang suka screenshot dan jadi penyampai. Kelebihan apa awak dapat? Kalau awak ganggu kesihatan mental saya lagi, saya tidak teragak-agak untuk melibatkan pihak berwajib sekali lagi," ujarnya.

Sebelum ini, Hana berkongsi paparan skrin mesej yang dipercayai luahan rasa rindu Abu terhadap dirinya.

Tapi kenapa empat tahun lalu awak tak buat benda sama sewaktu nak jadi madu.

AIN AFINI

ISTERI PU ABU

Perkara itu bagaimanapun mengundang rasa kurang senang Hana yang turut meminta agar bekas suaminya itu tidak lagi mengganggunya.

Usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan Abu berhubung isu ini masih belum berjaya apabila panggilan dan mesej dihantar tidak berjawab.

Untuk rekod, Abu atau Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 28, dan Hana berkahwin pada Mei 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata Muhammad Uwais Al-Mateen yang kini berusia hampir tiga tahun.

1791945

Ain Afini minta tidak diganggu lagi.

Bagaimanapun, rumah tangga yang dibina musnah selepas setahun mereka berkahwin.

Kontroversi melibatkan PU Abu bermula apabila dia menceraikan Ain ketika wanita itu sarat mengandung tujuh bulan pada 2019 dan berkahwin dengan Hana sebelum mereka kembali rujuk dua minggu selepas perkahwinan keduanya.

Hasil perkahwinan dengan Ain sejak 2018, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Adam Asyar, dan Muhammad Aryan 'Afi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain