suria

PU Abu tidak mahu buka pekung rumah tangga, konflik dengan Hana Azraa tak libatkan isteri pertama

Abu lebih selasa berdiam soal konflik dengan bekas isteri.

DIDAKWA masih menganggu bekas isterinya iaitu Hana Azraa, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan akhirnya tampil memberi respon berhubung isu berkenaan.

Enggan mengulas mengenai hal itu, Abu atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 29, bagaimanapun menegaskan konflik antaranya dengan Hana tidak melibatkan isteri pertama iaitu Ain Afini.

“Maaf semua, saya akan terus berdiam untuk semua ini. Sebab saya tahu kedua-dua mereka.

pu abu 2

Hana (kiri) mendedahkan perbualan dengan Abu yang masih cuba mendekatinya.

“Saya mahu fokus kerja. Cuma dalam hal ini Ain langsung tidak terlibat. Ia antara saya dan Hana sahaja,” katanya.

Abu menjelaskan mengenai perkara itu menerusi Instastory pada Ahad.

Dalam satu hantaran berbeza, Abu memberitahu dia terpaksa memadam perkongsiannya di laman sosial sebelum ini kerana dilihat seperti membuka cerita tidak elok tentang konflik yang sedang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri PU Abu enggan ambil tahu konflik suami, Hana Azraa... Minta tidak lagi diganggu selepas 4 tahun bersabar

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini amaran terakhir” - Hana Azraa hilang sabar masih diganggu PU Abu

“Saya terpaksa padam story sebelum ini. Biarlah yang di dalam pekung itu terus duduk di dalam pekung. Saya di tempat baik, doakan yang baik-baik,” jelasnya.

Usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan daripada Abu masih belum berjaya apabila panggilan dan mesej tidak dijawab.

Dalam masa sama, status hubungan Abu dan Ain juga terus menjadi tanda tanya apabila tiada lagi gambar mereka bersama di laman sosial.

Biarlah yang di dalam pekung itu terus duduk di dalam pekung

PU ABU

“Tiada gambar dengan Ain?

“Dia dah hide semua gambar-gambar tu. Dah mula dah dia,” komen netizen.

Terdahulu, Hana mendedahkan bekas suaminya itu masih menghubunginya dan mahu bersama semula selepas mereka berpisah.

pu abu 3

Status rumah tangga Abu dan Ain juga menjadi tanda tanya.

Hana juga berkongsi beberapa paparan skrin perbualan menunjukkan Abu cuba memujuknya kembali menerusi pelbagai aplikasi seperti Whatsapp dan mesej Instagram.

Untuk rekod, Abu dan Hana berkahwin pada Mei 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata Muhammad Uwais Al-Mateen yang kini berusia hampir tiga tahun.

Bagaimanapun mereka berpisah selepas setahun berkahwin.

Abu juga pernah menceraikan Ain ketika wanita itu sarat mengandung tujuh bulan pada 2019 dan berkahwin dengan Hana sebelum mereka kembali rujuk dua minggu selepas perkahwinan keduanya.

Hasil perkahwinan dengan Ain sejak 2018, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Adam Asyar, dan Muhammad Aryan 'Afi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain