suria

“Doakan saya tau”… Puteri Sarah nampak ceria, bersemangat datang mahkamah

Sarah hadir di mahkamah bersama dua orang adiknya.

PELAKON Puteri Sarah Liyana hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam keadaan tenang dan ceria pada pagi Isnin.

Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, tiba di mahkamah kira-kira pukul 10.30 pagi ditemani oleh dua orang adiknya.

sarah1 - 1

Sarah ditemani adiknya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Sarah mengenakan jubah hitam dilihat bersemangat ketika hadir untuk memfailkan penceraian dengan suami, pengarah Syamsul Yusof.

"Hari ini saya bersedia, bersemangat sebab ada adik-beradik datang bersama. Okay saya nak kena masuk dalam (mahkamah), doakan Sarah tau," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah nekad fail cerai, muncul di mahkamah Isnin ini

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah tak rela bermadu, minta Syamsul lepaskan... "Awak masih block saya dan tak ajak bincang"

Terdahulu, Sarah menerusi Instagram memohon agar Syamsul melepaskannya kerana tidak rela dimadukan.

Sarah bagaimapun berpegang teguh dengan pendiriannya untuk memfailkan penceraian selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Untuk rekod, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain