suria

Mas Idayu buat Sissy Imann menangis, netizen pula tak puas hati - “Angin semacam malam ini”

Sissy menangis selepas menerima kritikan.

PENYANYI Sissy Imann gagal menahan air mata selepas disergah dengan komen pedas daripada Mas Idayu selaku juri program realiti Famili Duo pada malam Ahad.

Sissy atau Sissy Imann Mohammad Kamil, 28, bersama penyanyi Naim Daniel mendapat kritikan menerusi minggu keenam pertandingan selepas lagu nyanyian mereka iaitu Jampi gagal menambat hati juri.

Kemarahan Mas atau Mas Idayu Mesnun, 51, tercetus apabila menganggap lagu itu tidak sesuai dengan mereka berdua.

sissy2 - 1

Sissy tidak dapat menahan emosi selepas membuat persembahan.

Kata Mas, sejak awal hingga akhir persembahan, Sissy dan Naim nyanyian mereka disifatkan sebagai kasar dan tidak sedap untuk didengar.

Sementara itu, ketika hos Janna Nick meminta penyanyi berkenaan memberikan komen mengenai persembahannya sepanjang enam minggu ini, Sissy tidak dapat meneruskan kata-kata dan terus menangis.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedia terima komen pedas juri 'Famili Duo', Shaffiq Erwin akui terbeban bawa gelaran guru vokal

ARTIKEL BERKAITAN: Amyza Aznan sarung seluar warna kulit, tak berani pakai seksi masuk TV

"Pertama sekali, saya minta maaf..." katanya.

Dalam pada itu, rakan duonya Naim tetap mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan peminat dan menerima komen tersebut dengan hati terbuka.

"Alhamdulillah, terima kasih untuk segala komen. Kami tahu rancangan ini adalah hiburan untuk famili. Saya harap semua terhibur.

"Terima kasih untuk semua yang beri sokongan terutamanya Sissy kerana dia telah meletakkan usaha dalam pertandingan ini," ujarnya.

sissy1 - 1

Nyanyian Naim dan Sissy dikritik hebat oleh Mas Idayu.

Sementara itu, peminat meluahkan rasa tidak puas hati dengan komen Mas dan menganggap penyanyi dangdut itu bersikap tidak profesional.

"Saya suka persembahan Sissy dan Naim. Klasik dan keroncong boleh diterima. Mas Idayu tolong hormat orang lain. Angin semacam malam ni. Saya suka komen Ajai.

"Kesian tengok Sissy menangis. Sesuka hati je marah dia. Tak payah lah ambil juri macam tu," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain