suria

[V] “Bella tak melenting kalau tak betul” - Aliff Aziz minta Sophia Albarakbah muncul beri penjelasan, akur pemintaan isteri untuk dapat balik kepercayaan

PELAKON dan penyanyi Aliff Aziz tidak melihat pendedahan isterinya, Bella Astillah berhubung seorang aktres cuba menggodanya sebagai cuba memperbesarkan isu sebaliknya hanya menjelaskan situasi sebenar.

Aliff, 32, berkata, sebagai suami dia sangat mengenali karakter Bella malah sebelum isterinya itu membuka mulut mereka sudah berbincang mengenai isu tersebut dan menyelesaikannya secara matang.

"Saya faham keadaan Bella yang sedang rapuh tetapi kami terbuka untuk berbincang dan menyelesaikan perkara ini dengan matang. Kami duduk dan secara rasional berkomunikasi tentang isu ini.

"Saya pun tidak akan menafikan apa yang isteri saya sudah dedahkan. Saya kenal Bella, dia tidak akan keluarkan apa-apa kenyataan tanpa usul periksa. Dia tak akan melenting kalau tak betul," katanya kepada mStar.

aliff 55

Aliff mengakui ada wanita lain cuba mendekatinya.

Aliff berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama baharu TV3 bulan Februari yang diadakan di Park 28, Mutiara Damansara, Damansara pada Rabu.

Dalam pada itu, Aliff berkata, meskipun tidak menyebut nama individu berkenaan namun dia percaya peminat sudah dapat meneka siapakah pelakon wanita yang dimaksudkan isterinya sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aliff Aziz ‘disondol’ lagi! Pelakon wanita berani mengaku jatuh cinta depan Bella Astillah... “Dia kata bodoh tersuka suami saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Wah hebat nampak? Ini video mirip Aliff Aziz! Shooting ke tu?

Ini kerana kata Aliff, ketika ini dia hanya berlakon dalam sebuah drama iaitu Ku Akad Kau Dengan Bismillah bergandingan bersama aktres Sophia Albarakbah.

"Saya rasa tidak perlu saya sebut siapa nama pelakon wanita tersebut sebab ramai sudah tahu. Isteri saya pun tidak menyebut mana-mana nama, jadi lebih baik kita biarkan perkara itu begitu sahaja," katanya.

Mengulas lanjut mengenai kontroversi berkenaan, Aliff tidak menafikan ia berpunca atas kesilapan diri sendiri yang lalai menjaga batas hubungan walaupun berstatus suami orang.

Saya faham keadaan Bella yang sedang rapuh tetapi kami terbuka untuk berbincang dan menyelesaikan perkara ini dengan matang.

ALIFF AZIZ

PELAKON & PENYANYI

Aliff berkata, dia menganggap isu tersebut sebagai satu teguran daripada Allah agar tidak lali menjaga iktilat.

"Tiada siapa jangka kontroversi akan meledak. Pada awal penggambaran, kami tiada sesi bacaan skrip jadi kami terbawa-bawa perasaan ketika berlakon bersama," katanya.

Sementara itu, Aliff enggan kontroversi ini berlarutan dan demi menghormati isteri, dia akur dengan syarat untuk tidak lagi bergandingan dengan pelakon filem Mimaland itu.

aliff 1

Aliff, Bella dan dua orang anak mereka.

Bagaimanapun, Aliff juga berharap agar Sophia tampil memberi penjelasan untuk menjernihkan kemelut yang sedang hangat diperkatakan netizen.

“Saya tidak boleh memaksa tetapi berharap agar pihaknya juga dapat beri penjelasan. Apa pun, terpulang kepada dia.

“Seperti apa yang Bella sudah katakan, saya menghormati dan akur jika itu boleh mengembalikan kepercayaan dan keyakinan terhadap saya,” katanya.

aliff 66

Dakwaan Aliff curang hangat diperkatakan sejak minggu lalu.

Terdahulu, penyanyi Bella Astillah mendakwa seorang pelakon wanita yang turut berlakon bersama suaminya, Aliff Aziz berulang kali menghantar mesej dan membuat panggilan kepadanya.

Malah, pelakon berkenaan sanggup menghantar mesej kepada Bella dan mengakui suka kepada Aliff.

Bagaimanapun, tanpa menyebut nama siapa pelakonnya, nama Sophia dipetik dan akaun Instagram miliknya turut menjadi sasaran netizen yang meninggalkan komen mengecam kerana terpalit dalam rumah tangga Aliff dan Bella.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain