suria

[V] Sophia Albarakbah ‘ghaib’ di sidang media ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’, produksi beri alasan sibuk penggambaran sebelum ke Jakarta

PELAKON Sophia Albarakbah yang sepatutnya muncul disamping aktor Aliff Aziz bagi mempromosikan drama terbaharu lakonan mereka iaitu Ku Akad Kau Dengan Bismillah di Park 28, Mutiara Damansara pada Selasa tidak memunculkan diri.

Kegagalan Sophia, 30, hadir ke acara itu dipercayai disebabkan kontroversi yang mengaitkan namanya sebagai pelakon yang mengakui menyukai Aliff kepada isterinya, Bella Astillah baru-baru ini.

Bagaimanapun pihak media dimaklumkan oleh pihak penerbit iaitu Nuansa Sdn. Bhd., pelakon itu sepatutnya hadir namun tidak dapat berbuat demikian ekoran pertukaran jadual penggambaran.

Wakil syarikat tersebut dikenali sebagai Farid berkata, Sophia perlu menghabiskan babak drama lakonannya sebelum berangkat ke Jakarta, Indonesia pada Khamis atas urusan kerja.

sofia 1

Sophia dikatakan sedang sibuk menjalani penggambaran.

“Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana heroin drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah tidak dapat hadir dan sedang menjalani penggambaran di Subang, Selangor.

“Sophia terpaksa menyelesaikan penggambaran yang masih berbaki sebelum dia berangkat ke Jakarta, Indonesia esok.

“Saya faham perkara ini tidak sepatutnya berlaku namun babak membabitkan Sophia perlu teruskan juga demi memastikan kelancaran penggambaran drama ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aliff Aziz ‘disondol’ lagi! Pelakon wanita berani mengaku jatuh cinta depan Bella Astillah... “Dia kata bodoh tersuka suami saya”

ARTIKEL BERKAITAN: “Bella tak melenting kalau tak betul” - Aliff Aziz minta Sophia Albarakbah muncul beri penjelasan, akur pemintaan isteri untuk dapat balik kepercayaan

Kira-kira 20 media hadir bagi mempromosikan drama arahan Osman Ali itu berharap agar kedua pelakon ini menjawab isu kontroversi membabitkan mereka.

Aliff bagaimanapun hadir pada sidang media itu dan menjawab semua spekulasi yang sedang melanda dirinya ketika ini.

Pelakon itu dalam kenyataannya memberitahu tidak melihat pendedahan isterinya, Bella Astillah sebelum ini sebagai cuba memperbesarkan isu sebaliknya hanya menjelaskan situasi sebenar.

sofia 2

Aliff minta Sophia tampil membuat penjelasan.

Susulan itu, Aliff turut meminta Sophia untuk tampil menjernihkan kemelut yang sedang melanda dan membabitkan dirinya.

Terdahulu, penyanyi Bella mendakwa seorang pelakon wanita yang turut berlakon bersama suaminya, Aliff berulang kali menghantar mesej dan membuat panggilan kepadanya.

Malah, pelakon berkenaan sanggup menghantar mesej kepada Bella dan mengakui suka kepada Aliff.

Bagaimanapun, tanpa menyebut nama siapa pelakonnya, nama Sophia dipetik dan akaun Instagram miliknya turut menjadi sasaran netizen yang meninggalkan komen mengecam kerana terpalit dalam rumah tangga Aliff dan Bella.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain