suria

“Tolong biarkan isu ini berlalu” - Bella Astillah dedah mesej dipercayai Sophia Albarakbah, merayu jangan libatkan satu Malaysia

Bella juga minta agar Sophia berani tampilkan diri.

SUSULAN pendedahan Bella Astillah berhubung seorang pelakon wanita mengakui menyukai suaminya iaitu Aliff Aziz, ramai turut mengecam penyanyi itu membuat fitnah apabila nama Sophia Albarakbah dikaitkan sebagai individu menganggu rumah tangga pasangan berkenaan.

Meskipun Bella tidak menyebut nama sesiapa, ramai sudah dapat menjangka wanita dimaksudkan Bella adalah Sophia memandangkan aktres itu sedang berlakon bersama Aliff menerusi drama bersiri terbaharu Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Bagaimanapun Bella, 29, menegaskan dia mempunyai bukti kukuh ketika membuat kenyataan sebelum ini dan mempersoalkan tindakan Sophia yang tidak menghadirkan diri pada sidang media drama berkenaan yang berlangsung pada petang Rabu.

"Kenapa lari tadi? Kenapa tidak datang sidang media?

bella 12

Antara mesej dipercayai dihantar oleh Sophia kepada Bella.

"Kepada yang cakap saya fitnah, saya maafkan awak. Tetapi sayalah orang yang paling takut nak cakap benda tidak betul. Saya berani beri kenyataan sebab ia sahih.

"Saya tidak merancang nak beri sebarang kenyataan lagi, tetapi bila tengok Sophia pun beri kenyataan hari ini konon tak nak libatkan satu Malaysia...," katanya.

Bella meluahkan perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya selain turut mendedahkan beberapa hantaran skrin perbualan dipercayai dengan Sophia yang mengakui perbuatannya mendekati Aliff.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bella tak melenting kalau tak betul” - Aliff Aziz minta Sophia Albarakbah muncul beri penjelasan, akur pemintaan isteri untuk dapat balik kepercayaan

ARTIKEL BERKAITAN: Sophia Albarakbah ‘ghaib’ di sidang media ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’, produksi beri alasan sibuk penggambaran sebelum ke Jakarta

Terdahulu, Sophia menerusi pihak produksi memaklumkan tidak dapat menghadirkan diri pada sidang media berkenaan kerana sedang menjalani penggambaran sebelum berangkat ke Jakarta, Indonesia pada Khamis.

Hanya Aliff yang muncul pada sidang media tersebut.

Dalam pada itu, menerusi perbualan didedahkan Bella, wanita dipercayai Sophia meminta peserta program Famili Duo tersebut agar tidak menjadikan isu skandal dengan Aliff sebagai cerita sensasi.

Kata wanita tersebut, dia tidak mahu orang terus bercakap mengenai isu tersebut dan mahu ia berlalu dan tidak melibatkan satu Malaysia.

bella 11

Bella mendedahkan mesej perbualan mereka di Instagram.

"Taknaklah orang terus bercakap fasal isu ini sebab sekarang I tengah shooting drama dan kita fokus buat terbaik.

"Tolonglah biarkan isu ini berlalu. Benda boleh diselesaikan antara pihak terlibat. Taknak libatkan satu Malaysia," antara perbualan dalam mesej menerusi WhatsApp.

Bella yang membalas mesej berkenaan tetap bertegas mempertahankan haknya dan berani untuk bersemuka sendiri dengan ibu bapa Sophia bagi menyelesaikan masalah antara mereka.

Bagaimanapun wanita berkenaan menghalan niat tersebut atas alasan bimbang dengan tahap kesihatan bapanya yang menghidap sakit jantung.

Sementara itu pada sesi sidang media yang berlangsung pada Rabu, Aliff sendiri tidak menafikan pendedahan yang dibuat isterinya sebelum ini malah meminta Sophia tampil bagi menjelaskan kemelut yang berlaku di antara mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain