TIDAK sampai sebulan mengumumkan sudah mengikat tali pertunangan, hubungan pelakon Zarina Anjoulie dan usahawan Datuk Seri Khazrul Alzey kini sudah berakhir. Meskipun tiada sebarang kenyataan daripada mulut pelakon itu sendiri namun desas-desus berakhirnya hubungan mereka disahkan sendiri oleh bekas tunangnya itu. "Kita mampu merancang, Allah yang menentukan. Papa (panggilan diri untuk Zarina) tak sebaik mana yang mama impikan. Kita berdua masih ada kekurangan. Gambar Zarina yang menjadi sasaran kecaman netizen. "Semoga kita akan terus menjadi sahabat. Papa doakan mama dapat orang yang lebih baik," tulisnya. "Terima kasih atas cinta mama kepada papa. Hanya Allah dapat membalas di akhirat kelak. I love you mama," katanya. Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh Khazrul di laman TikTok miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan kembali bertaut, Riena Diana dan bekas kekasih beri peluang kedua perbaiki kesilapan - “Sikap obses rosakkan kami” ARTIKEL BERKAITAN: “Kita dah ada keluarga masing-masing” - Fizo Omar pilih tak panjangkan isu sindiran Mawar Karim, enggan ungkit kisah lama Sebelum itu, Zarina menjadi sasaran pertanyaan netizen tentang status mereka selepas dilihat memadam semua gambar berdua dan berani memuat naik gambar berpakaian seksi. Sementara itu menerusi satu perkongsian lain, Khazrul turut memuat naik ucapan daripada pengikut di laman sosial yang berharap hubungan mereka kembali terjalin. "Terima kasih atas nasihat kepada saya. Saya hargai. Insya Allah jodoh dan pertemuan Allah tentukan. Biarlah keadaan tenang," ujarnya. Zarina memadam semua gambar bersama Khazrul. Pada 26 Januari lalu Zarina mendedahkan mereka sudah bertunang, namun tidak berkongsi tarikh sebenar majlis diadakan. Pasangan itu juga dikhabarkan akan bernikah pada Mac ini dan kedua-duanya sudah pun membuat tempahan baju pengantin. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube