suria

“Ia kisah silam saya, kenapa selepas 4 tahun nak sebarkan video itu?” - Ameerul Asyraf 

Ameerul menjelaskan video tular itu merupakan kisah silamnya.

AKTOR Ameerul Asyraf Mohammad mengaku video aksi cium dalam sebuah kelab yang ketika ini tular ialah dirinya.

Ameerul, 32, bagaimanapun menjelaskan video berkenaan merupakan rakaman lama yang dirakamkan sekitar tahun 2019 dan mempersoalkan kenapakah ada pihak tidak bertanggungjawab mendedahkan aibnya termasuk kepada teman wanitanya dikenali sebagai Eyra Zirah.

"Lelaki dalam video itu memang saya tetapi ia adalah kisah silam saya. Saya tidak tahu jika ada pihak tidak berpuas hati dengan saya sebab pelik juga kenapa baru sekarang nak sebarkan?" katanya kepada mStar.

Terdahulu, Eyra yang mendakwa dia teman wanita Ameerul mendedahkan video tersebut di laman Tiktok miliknya selain meluahkan rasa kecewa aktor berkenaan bersikap curang terhadapnya.

eyra1 - 1

Eyra mendedahkan video berkenaan di Tiktok miliknya.

Ini kerana kata Eyra, dia sentiasa bersama Ameerul pada waktu senang dan susah malah mendakwa aktor itu berjanji mahu mengikat tali pertunangan dengannya tahun ini.

Dalam pada itu, Ameerul tidak menolak video tersebut dihantar sendiri oleh wanita bersamanya dalam rakaman berkenaan kepada Eyra memandangkan tiada siapa memiliki salinan video tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Wah hebat nampak? Ini video mirip Aliff Aziz! Shooting ke tu?

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi pelik kena 'serang' isu curang, rupanya ada sebab padam foto isteri di IG

Jelas Ameerul, dia sendiri tidak pasti motif wanita tersebut bertindak sedemikian apatah lagi selepas empat tahun kejadian itu berlaku.

"Mungkin ini ujian saya sebagai anak seni. Saya tidak tahu kenapa ada pihak perlu sebarkan sekarang selepas empat tahun kejadian itu berlalu.

"Saya juga tak pasti apa dia mahu? Tapi kami masih lagi berkawan. Saya rasa video itu hanya ada padanya. Tak tahulah kalau kawan-kawan dia mempunyai salinan. Tapi saya dapat rasakan dia sendiri yang hantar," katanya.

Lelaki dalam video itu memang saya tetapi ia adalah kisah silam saya.

AMEERUL ASYRAF MOHAMMAD

PELAKON

Sementara itu, Ameerul menjelaskan dia tidak sempat menjelaskan apa-apa kepada Eyra memandangkan wanita itu terlebih dahulu memuat naik video berkenaan di TikTok.

Akuinya, ketika ini pun dia masih belum menghubungi Eyra kerana tidak mahu memburukkan keadaan apatah lagi dia sedar emosi seorang wanita yang sedang marah.

"Saya memang nak terangkan pada Eyra mengenai video ini. Saya faham sekarang mungkin dia sedang marah. Saya tak dapat nak cakap apa-apa dan dia terus upload di TikTok," ujarnya.

Menjelaskan mengenai dakwaan Eyra kononnya mereka mahu mengikat tali pertunangan, Ameerul berkata dia sendiri tidak pasti mengenai perkara tersebut.

ameerul1 - 1

Ameerul mahu fokus kepada lakonan sebelum fikir tentang kahwin.

Apa paling jelas kata Ameerul, ketika ini dia mahu memberi fokus kepada karier sebagai pelakon selain keluarga dan menyerahkan urusan jodoh kepada takdir.

"Saya dengan Eyra memang berkawan tapi saya tidak tahu kenapa ada kata kami akan bertunang? Saya masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing, kalau ada jodoh InsyaAllah.

"Saya memang rapat dengan dia. Eyra pun ada temani saya ke lokasi (penggambaran) tapi buat masa ini biarlah saya fokus keluarga dan karier. Kewangan pun belum stabil untuk berkahwin," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain