suria

Mengaku tengah bahagia dengan Ubai, Shila Amzah dituduh perampas pula - “Saya tak akan mulakan atas kesengsaraan orang lain”

Shila dan Ubai dalam tempoh sedang kenal hati budi masing-masing.

TAK sampai 24 jam Shila Amzah mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pempengaruh media sosial iaitu Ubai, penyanyi berkenaan dituduh pula sebagai perampas.

Ia ekoran Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, didakwa kerap bergandingan dengan seorang influencer wanita yang juga penyanyi menerusi beberapa video di laman sosialnya sebelum ini.

Netizen mendakwa, Ubai dan wanita berkenaan sebenarnya mempunyai hubungan sehingga menuduh Shila sebagai punca mereka tidak lagi bersama.

308725659_155908973748791_6535274485556139746_n

Ubai tampil jelaskan tuduhan terhadap Shila Amzah.

Shila atau Nur Shahila Amir Hamzah, 33, berkata, sekiranya benar Ubai mempunyai hubungan dengan wanita berkenaan, dia tidak akan sesekali menganggu Ubai.

Katanya, dia tidak akan sesekali memulakan sesuatu hubungan atas kesengsaraan orang lain dan itu bukan perwatakan dirinya.

"Kalau mereka bersama, saya pun tidak akan berkawan atau menganggu Ubai.

ARTIKEL BERKAITAN: “Cukuplah orang tahu saya bahagia” - Kantoi panggil sayang ketika buat video ‘live’, Shila Amzah rapat dengan Ubai

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah luah kisah kegagalan cinta dan rumah tangga dalam ‘Jauh Hati’... “Sejujurnya semua hubungan saya teruk”

"Saya tak akan mulakan sesuatu hubungan di atas kesengsaraan orang lain," jelasnya.

Menjelaskan perkara tersebut, Ubai menerusi siaran langsung di TikTok menjelaskan ramai menyangka dia mempunyai hubungan dengan individu tersebut kerana sering menghasilkan video bersama.

Kata Ubai, keakraban mereka tidak lebih atas urusan kerja malah menyifatkan wanita tersebut sebagai seorang sahabat yang baik.

Shila takkan memulakan sesuatu hubungan atas kesengsaraan orang lain.

"Kita tidak dapat nak mengubah benda yang sudah lepas, cuma kita boleh belajar daripada kesilapan lalu. Saya dan dia, tidak bergaduh atau apa. Kami berdua baik sahaja.

"Itu adalah urusan kerja dan ia sudah pun selesai. Cuma masih ada beberapa projek bersama yang akan dilancarkan tidak lama lagi," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain