PELAKON Puteri Sarah Liyana menyangkal dakwaan kos guaman yang dilantik bagi menguruskan kesnya bersama suami iaitu Syamsul Yusof dibiayai oleh bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam. Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, menjelaskan tuduhan itu diperkatakan susulan dakwaan dibuat dipercayai oleh ahli keluarga madunya, Ira Kazar. Aktres itu menerusi Instagram miliknya turut memuat naik tangkap layar perbualan mesej seorang individu menggunakan nama Naem Kaza yang mendakwa Yusof membayar kos guaman Puteri Sarah. Dakwa individu itu dalam mesej berkenaan, Puteri Sarah Liyana bukan orang kaya seperti disangka. Perkongsian yang dimuat naik di instastory. Dalam pada itu, Puteri Sarah menjelaskan bahawa tiada siapa yang menampung kos guamannya melainkan dirinya sendiri yang bekerja keras demi menuntut hak sebagai seorang isteri. "SubhanAllah, jiwa-jiwa ini tak aman lagi ke? Saya masih di Dubai bergembira di sini dan netizen berkongsi perkara ini kepada saya. "Allah tahu bagaimana saya bekerja keras menuntut hak saya. Allah tahu macam mana saya bekerja kuat mencari duit. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ira Kazar, keluarga berdepan saman hina mahkamah kerana ganggu dan kahwin tanpa izin ARTIKEL BERKAITAN: Seronok main 'rolling ball', netizen kata Ira Kazar tak hamil "Senang-senang sahaja belah sana bercerita kata peguam saya, Syamsul bapa mentua yang bayar," katanya. Puteri Sarah berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran dimuat naik di Instastory miliknya pada Jumaat. Dalam pada itu, Puteri Sarah memberitahu sekiranya pihak keluarga Ira tidak berpuas hati dengan dirinya mereka boleh berbincang melalui peguam. Katanya, Ira sudah pun mendapatkan apa yang dimahukan dan memberi amaran kepada madunya itu agar keluarganya tidak melanggar perintah injuksi. Sarah kini sedang bercuti di Dubai. "Kalau tak puas hati cakap dengan peguam saya. Mula-mula bapa, lepas itu kakak, ini abang pula. Lepas ini siapa pula yang nak keluar kenyataan? "Satu keluarga ini dah kenapa? Dah dapat Syamsul duduk diam-diam. Dah kena perintah injuksi masih tak boleh berhenti lagi ke? Korang nak apa sebenarnya?" ujarnya. Sarah memfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah, Jalan Duta Kuala Lumpur, pada 16 Januari lalu dan mahkamah menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebuatan kes. Untuk rekod, Syamsul dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5. Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dia telah bernikah dengan Ira di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube