suria

Isu parkir kenderaan selesai selepas Seniman buat bantahan - Zed Zaidi

Zed Zaidi bergambar kenangan bersama bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak (kanan).

PERSATUAN Seniman Malaysia (Seniman) menjelaskan isu kenderaan yang diletakkan di pejabat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di Hulu Kelang, sebelum ini sudah pun selesai.

Presidennya, Zed Zaidi atau Rozaidi Abdul Jamil, 43, berkata, selepas menyuarakan bantahan kepada Kementerian Komunikasi dan Digital, Finas akhirnya membenarkan kenderaan milik Seniman itu di tempatkan di tapak parkir premis berkenaan selepas empat hari surat dikeluarkan meminta ia dialihkan.

“Dalam masa empat hari isu itu selesai. Alasan yang dikemukakan untuk mengalihkan kenderaan tersebut adalah kerana mengganggu. Namun akhirnya selepas membuat bantahan kenderaan tersebut mendapat kebenaran diletakkan di situ.

ARTIKEL BERKAITAN: Finas minta alih kenderaan serta-merta, Seniman pula kata keputusan CEO bersifat peribadi

ARTIKEL BERKAITAN: Zed Zaidi tegur pelakon main cinta di lokasi, Seniman tiada kuasa minta stesen TV gam artis bermasalah

“Sudah empat tahun van tersebut di sana. Ada juga kenderaan persatuan lain. Tidak ada sebarang masalah pun selama ini,” katanya.

Zed ditemui ketika majlis makan malam syarikat ZR Cahaya Sdn Bhd yang berlangsung di Serdang pada malam Khamis.

Namun akhirnya selepas membuat bantahan kenderaan tersebut mendapat kebenaran diletakkan di situ.

ZED ZAIDI

PRESIDEN SENIMAN

Sebelum ini Finas mengeluarkan arahan kepada Seniman untuk mengalihkan kenderaan tersebut dan ia harus dilakukan sehari selepas sehari surat diberikan.

Finas menyebut alasan berbuat demikian adalah kerana ruang parkir di premis berkenaan terhad dan mengganggu urusan majlis rasmi serta mesyuarat yang melibatkan pihak ketiga.

Bukan sahaja isu berkaitan parkir, Zed sebelum atas kerusi sebagai presiden Seniman cukup lantang menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap agensi itu.

zed 1

Mohd Zaifabsuri Mohd Yusof (dari kiri), Zed Zaidi, Niezam Abdullah, Datuk Yusof Haslam dan wakil ZR Cahaya.

Sementara itu pada majlis berkenaan, Zed yang juga ahli lembaga pengarah ZR Cahaya bersama Pengarah Urusan syarikat itu, Mohd Zaifabsuri Mohd Yusof turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM2,000 kepada beberapa persatuan seni termasuk Persatuan Wartawan & Penulis Hiburan Malaysia (WHAM).

Sumbangan disampaikan kepada Timbalan Presiden WHAM iaitu Niezam Abdullah.

“WHAM juga banyak terlibat dengan industri seni dan kami sudah lama bekerjasama,” komennya ringkas.

ZR Cahaya merupakan pengeluar produk kecantikan penjagaan kulit Maderm yang semakin laris ketika ini.

Antara artis yang hadir memberi sokongan pada majlis itu termasuklah Datuk Yusof Haslam, Baggio (Damasutra), Nadia Mustafar, Anne Abdullah, Acong (Sweet Child), Liza Abdullah, Azura Aziz dan Joey (Bumi Putra Rockers).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain