BALU kepada Allahyarham Abam iaitu Norhidayah Mohd Ali tidak mudah melatah apabila ada mengaitkan dirinya sebagai individu yang meninggalkan beberapa barang mencurigakan di kediaman suaminya itu di Gombak, Selangor pada Jumaat. Ia susulan, Hidayah ada berkunjung ke kediaman tersebut sebelum adik iparnya, pelawak Ali Putih mendakwa menjumpai beberapa barang seperti garam kasar, daun bidara dan bangkai mengkarung di rumah berkenaan selepas kedatangan wanita berkenaan. Hidayah sebaliknya mempertikaikan tindakan adik iparnya itu memadam video tuduhan yang dimuat naik selepas dikongsi di laman sosial miliknya. Hidayah minta bayaran RM60,000 dari Ali. Katanya, tindakan Ali itu seolah-olah hanya ingin menutup kesalah yang telah dia sendiri lakukan. "Itulah tabur fitnah, kesalahan besar nak tutup kesalahan tak nak nampak kesalahan sendiri. Ada pula orang dekat rumah ya. ARTIKEL BERKAITAN: Ali Puteh sudah pulangkan ‘barang’ dihantar ke rumah, doa dosa pemilik diampunkan ARTIKEL BERKAITAN: Genap 3 tahun Abam pergi, balu ‘pulang’ rumah tapi salam tidak bersahut - “Sejam dekat sini tapi tak bagi masuk” "Tak apa, bayar RM60,000. Kalau benda betul kenapa perlu padam video balik?," katanya. Hidayah memberi respons itu ketika menjawab komen salah seorang pengikutnya di Instagram miliknya. Sementara itu, usaha mStar mendapatkan komen lanjut Hidayah berhubung isu terbaharu itu tidak berjaya apabila panggilan yang dibuat tidak berjawab. Tindakan Ali padam video tuduhan terhadap Hidayah jadi persoalan. Untuk rekod, pada Mei 2020, Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan dibuat pelawak tersebut menerusi Instagram miliknya yang antara lain menggambarkan dia sebagai seorang tidak bertanggungjawab. Menerusi perkongsian tersebut, Ali didakwa menuduh Hidayah sebagai seorang isteri yang jahat serta tamakkan harta pusaka suaminya. Saman dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000 itu difailkan Hidayah kira-kira 15 hari selepas Abam meninggal dunia. Genap tiga tahun pemergian Allahyarham Abam. Setelah dua tahun turun naik mahkamah, Hidayah menang dalam kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya itu. Ali pula diperintahkan membayar ganti rugi kepada Hidayah sebanyak RM60,000. Untuk info, pelawak Abam Bocey meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube