PERSENGKETAAN terbaharu di antara pelawak Ali Puteh dan balu Allahyarham Abam iaitu Norhidayah Mohd Ali turut mendapat perhatian seorang peguam yang mengulas isu tersebut daripada prespektif undang-undang. Peguam Nor Zabetha Muhammad Nor berkata, tindakan Ali yang memuat naik video berhubung penemuan beberapa barang mencurigakan di kediaman arwah abangnya yang didakwa mempunyai unsur syirik boleh dijadikan sebagai bukti bagi pihak Hidayah memfailkan saman fitnah di mahkamah. Zebetha berkata, menerusi video tersebut sudah cukup segala bukti bagi pihak Hidayah mengemukakan tuntutan saman fitnah kerana terhadap tuduhan tanpa bukti dibuat kepada Hidayah. "Dalam video itu, cukup sekali lagi elemen-elemen bagi tuntutan saman fitnah iaitu terdapat tuduhan fitnah yang ditujukan dan merujuk kepada orang yang difitnah (bermakna kita tahu siapa yang dia rujuk itu) dan disampaikan pada pihak ketiga atau umum. Zabetha memberi ulasan tentang tindakan Ali. "Adakah dia dapat menyokong dan membuktikan bahawa kenyataan tentang garam, daun itu sebagai sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh bekas kakak iparnya dan dengan niat tertentu?," katanya. Zabetha berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya. Dalam pada itu, Zabetha memberitahu tindakan pelawak itu seperti menjerat diri sendiri kerana pernah disaman oleh Hidayah sebelum ini. ARTIKEL BERKAITAN: Genap 3 tahun Abam pergi, balu ‘pulang’ rumah tapi salam tidak bersahut - "Sejam dekat sini tapi tak bagi masuk" ARTIKEL BERKAITAN: Pengamal perubatan Islam teliti video Ali Puteh, tiada kaitan sihir tapi proses 'pagar' rumah Jelas Zabetha, seharusnya Ali menjadikan perkara yang menimpa dirinya sebelum ini sebagai satu teladan untuk tidak mengulangi lagi kesilapan yang bakal memakan diri. "Dia sudah pernah disaman. Dia sudah lalui proses di mahkamah. Dia sudah cukup tahu bagaimana mahkamah memutuskan sesuatu perbuatan fitnah itu. "Dia pasti tahu elemen fitnah itu apa kerana telah sendiri melalui proses soal balas di mahkamah sewaktu perbicaraan. Dia sudah pernah disaman. Dia sudah lalui proses di mahkamah. Dia sudah cukup tahu bagaimana mahkamah memutuskan sesuatu perbuatan fitnah itu. NOR ZABETHA PEGUAM "Kenapalah dibuat kesilapan itu berulang-ulang kali. Kan menjerat diri. Perbuatan fitnah ini, boleh dituntut mengikut jumlah kenyataan fitnah," ujarnya. Sementara itu, Zabetha menasihatkan orang ramai berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara yang dikhuatiri bakal mengundang masalah. Kata Zabetha, meskipun video yang dimuat naik oleh Ali telah dipadam, namun telah dikongsikan oleh orang ramai. "Video dimuat naik telah dirakamkan dan dipadamkan tetapi telah dikongsikan oleh orang ramai. Mahkamah berpendapat, di zaman media sosial ini, apa sahaja yang dimuat naik dalam media sosial adalah dianggap boleh dibaca orang ramai. “Kalau hendak buat sesuatu perkara, fikir dahulu. Ada perkara elok berbincang sesama sendiri dan bukan dimuat naik di media sosial dahulu," katanya. Ali boleh didakwa dengan tindakan saman fitnah. Terdahulu, balu Allahyarham Abam iaitu Norhidayah Mohd Ali berkunjung ke kediaman yang mereka pernah tinggal di Gombak. Bagaimanapun, kunjungannya itu tidak disambut baik oleh keluarga suami apabila kedatangannya tidak diendahkan meskipun beberapa kali memberi salam. Pada petang Jumaat, Ali memuat naik video mendedahkan penemuan beberapa barang mencurigakan yang dikatakan ditemui selepas kunjungan Hidayah ke rumah mereka. Ali juga mendakwa terdapat unsur-unsur sihir dengan penemuan barang yang dijumpai iaitu garam kasar, daun bidara dan bangkai mengkarung. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube