suria

Ali Puteh bangkit isu bil utiliti rumah Abam, dakwa Hidayah tak ambil peduli - “Kalau tak berjaga dah tutup sawang satu rumah”

Ali jelaskan punca dirinya lakukan dakwaan Hidayah mempunyai niat tidak baik.

SELEPAS seorang pengamal perubatan Islam tampil membuat penelitian berhubung dakwaan Ali Puteh menemui pelbagai barang mencurigakan di kediaman Allahyarham Abam di Gombak Jumaat lalu, pelawak berkenaan tampil menjelaskan situasi sebenar.

Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 34, yang membuat video siaran langsung di TikTok bersama dua pengamal perubatan Islam iaitu Tok Singa dan Shafiq Mujahid berkata, dia tidak mempunyai niat memuat naik rakaman berkenaan sebaliknya bertindak selepas kakak iparnya, Norhidayah Mohd Ali memulakan perkara tersebut.

Jelas Ali, dakwaan kononnya mereka tidak menyambut kedatangannya adalah tidak benar kerana ketika itu tiada siapa berada di rumah.

"Saya tidak berniat nak muat naik video tersebut, pihak sana yang memulakan video fitnah itu dahulu di TikTok yang menyatakan tiada orang di rumah, duduk sejam depan rumah dan tidak diberi masuk. Saya tidak duduk situ, adik saya yang duduk situ Tok.

photo1676056892

Ali jelaskan punca tuduhan dibuat kepada pengamal perubatan.

"Belakang rumah Abam itu rumah kakak saya, semalam hari Jumaat orang tiada di rumah orang kerja. Datang pula tak beritahu, kalau datang hari minggu tentu kami ada rumah," kata Ali.

Ali turut memberitahu dia telah menjaga rumah Allahyarham Abam dengan baik sekali gus mempertikaikan tindakan Hidayah yang tidak pernah bertanya tentang utiliti rumah berkenaan.

"Selepas itu kata di TikTok rumah lusuh... arwah Abam dah tiga tahun meninggal. Kalau rumah itu tidak berjaga dah tutup sawang satu rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengamal perubatan Islam teliti video Ali Puteh, tiada kaitan sihir tapi proses ‘pagar’ rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Ali Puteh sudah pulangkan ‘barang’ dihantar ke rumah, doa dosa pemilik diampunkan

"Rumput di situ kami potong tiap-tiap bulan. Ada dia tanya bil api ke bil air sepanjang tiga tahun kita jagakan rumah ini. Tapi bila dia buat video TikTok macam itu orang datang memaki dan membenci saya. Saya tak tahu apa-apa ini," ujarnya.

Bagaimanapun penjelasan tersebut meriah perhatian netizen yang rata-rata berpendapat Ali memutar belit cerita.

312325781_179325847977422_9154057304618072738_n

Ali persoalkan tindakan Hidayah.

Malah mereka juga mempersoalkan tindakan Ali yang menyuruh Hidayah membayar bil utiliti kediaman tersebut sedangkan balu Allahyarham tidak duduk di rumah tersebut.

"Ali dah habis cerita ke? Putarlah selagi boleh Ali. Bertaubatlah Ali! Aku pun jahat juga tapi tak adalah nak makan harta anak yatim macam kau.

"Orang lain yang tinggal sana, Hidayah pula yang disuruh bayar bil. Bijak sungguh Ali ini," antara komen netizen.

319306742_523436976368484_5439107183490169922_n

Hidayah bersama Allahyarham Abam.

Terdahulu, Hidayah berkunjung ke kediaman tersebut namun mendakwa tidak disambut baik keluarga suaminya itu apabila kedatangannya tidak diendahkan meskipun beberapa kali memberi salam.

Selepas kunjungan bersama peguamnya, Ali kemudiannya memuat naik mendedahkan penemuan beberapa barang mencurigakan namun memadam video berkenaan.

Ali juga mendakwa terdapat unsur-unsur sihir dengan penemuan barang yang dijumpai iaitu garam kasar, daun bidara dan bangkai mengkarung.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain