suria

“Dah miskin sangat ke tu?” - Bekas tunang minta Zarina Anjoulie robohkan pagar rumah atau jual cincin kahwin

Khazrul minta Zarina Anjoulie jaga adab dan jangan sebarkan aib lagi.

BEKAS tunang kepada Zarina Anjoulie iaitu Datuk Seri Khazrul Ezley enggan melunaskan baki bayaran pagar berharga RM100,000 yang dibangkitkan pelakon tersebut sebelum ini sehingga dia terpaksa menanggung beban hutang.

Khazrul sebaliknya meminta Zarina merobohkan pagar berkenaan sekiranya tidak mempunyai wang untuk membayarnya.

Usahawan berkenaan turut mengungkit semua pemberiannya kepada Zarina termasuk sebentuk cincin tunang dan pernikahan selain meminta aktres berkenaan menggadai barangan kemas tersebut untuk membayar kos tertunggak pagar.

"Cincin tunang aku bagi, cincin nikah aku bagi percuma... semua percuma! Jadi jangan bertambah jadi bodoh dan bebal, jual barang-barang itu semua sambung pagar. Lagi nak RM8,000? Dah miskin hina sangat ke kemaruk duit? Awak sambunglah, pandai-pandai okay!

DIN03534

Khazrul dan Zarina bertelagah mengenai pagar bernilai RM100,000.

"Panas nampak? Hello dear, pagar itu sila robohkan saja, tak ada isu lain ke nak petik? Dah pakai ke duit nak sambung? RM8,000? Lebih baik saya sedekah pada orang lain daripada melayan benda bodoh.

"Mula kata tak nak, lepas itu nak sambung dan minta RM8,000. Dah miskin sangat ke tu? Tak ada duit nak bayar sewa ke? Rasakan bila orang buka aib awak macam mana," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hadiah pagar RM100,000 kini jadi beban hutang, Zarina Anjoulie kesal dituduh kaki kikis

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas tunang buat ‘U-turn’ mengaku masih sayang, Zarina Anjoulie nombor satu dalam hati

Khazrul meluahkan perkara itu menerusi akaun TikTok miliknya.

Sebelum ini, Zarina meluahkan rasa tertekan apabila terpaksa menanggung hutang selepas Khazrul didakwa hanya membayar wang pendahuluan pagar berharga RM100,000 sebanyak RM30,000 kepada kontraktor.

Zarina turut meluahkan rasa kesal apabila dituduh sebagai kaki kikis meskipun pagar mewah tersebut adalah hadiah daripada Khazrul.

Dalam pada itu, Khazrul turut mengungkit isu kontroversi yang pernah melanda Zarina sebelum dan meminta aktres berkenaan cermin diri sendiri sebelum rancak membuka aib orang lain.

photo1676696303

Pasangan ini tidak jadi berkahwin.

Malah kata Khazrul dia bersyukur apabila pertunangan mereka tidak sampai ke jenjang pelamin dan berharap tidak dipertemukan dengan insan sepertinya lagi pada masa hadapan.

"Suka sangat buka aib orang. Awak rasa saya takut dengan awak? Silap orang okay.

"Allah tunjuk awal, dua minggu tunang kemudian putus. Syukur selisih malaikat 44, tak nak dah jumpa orang macam ini. Manusia tak ada adab! Cermin diri sendiri sebelum nak buka aib orang," katanya.

Pada 26 Januari lalu, Zarina mengumumkan sudah mengikat tali pertunangan dengan Khazrul namun tidak lama selepas itu, mereka tiba-tiba mengakhiri hubungan tersebut.

Khazrul menerusi TikTok memberitahu dia bukan lelaki terbaik yang boleh bergelar suami kepada Zarina dan tidak menjelaskan punca sebenar hubungan mereka berakhir dengan perpisahan.

Sejak itu, Khazrul dan Zarina dilihat saling berbalas kenyatan di media sosial masing-masing berhubung isu melanda mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain