suria

“Dah lama ada hubungan takkan tiada rasa bersalah?” - Isteri Hafidz Roshid terus buat pendedahan

Nurul Shuhada mempertikaikan kenyataan dibuat Athira.

ISTERI kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri tampil mendedahkan kisah sebenar sebagai menafikan kenyataan wanita yang dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangganya.

Nurul Shuhada berkata, wanita berkenaan dan Hafidz masih berhubungan sehingga 25 Januari lalu dan ia berdasarkan bukti yang ada padanya dan bukan seperti didakwa Athira mereka sudah lama tidak berhubungan.

Nurul Shuhada juga mempunyai hak untuk mendedahkan semua bukti itu kepada umum bagi mempertahankan keluarganya namun memilih menyerahkan perkara itu kepada peguam selain mahu ia diuruskan secara berhemah.

"Terima kasih cik Athira atas cubaan membuat permohonan maaf secara terbuka berserta cubaan meletakkan kesalahan ini pada orang lain," katanya menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Ahad.

Shuhada IG

Nurul Shuhada membuat kenyataan panjang lebar di Instagram miliknya pada Ahad.

Pada malam Sabtu, Athira tampil membuat permohonan terbuka kepada Nurul Shuhada dan dua anaknya iaitu Humairah dan Umar selepas namanya disebut-sebut sebagai orang ketiga yang menggangu rumah tangga pasangan itu.

Dalam hantaran sama, Athira mendedahkan Hafidz cuba menghubunginya sejak sembilan tahun lalu dan sepanjang tempoh itu dia sudah berkali-kali cuba menjauhkan diri daripada pelakon berkenaan.

Namun dakwa Athira, kekecohan berlaku disebabkan dia bersimpati dengan Hafidz yang didakwa mengalami masalah kesihatan mental dan ingin memberi sokongan terhadapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dedah Hafidz Roshid berhubung sejak 9 tahun lalu, mengaku bodoh ganggu rumah tangga orang

ARTIKEL BERKAITAN: TikTok guna nama isteri Hafidz Roshdi tumbuh macam cendawan, netizen keliru luahan dibuat benar atau palsu

Dalam pada itu, Nurul Shuhada turut meminta isu yang sedang berlaku ini tidak diletakkan kesalahan semata-mata kepada suaminya kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

"Kalau bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi, awak sendiri tahu berapa pantas hubungan korang bergerakkan?

"Katanya jumpa pada sekian-sekian waktu tapi tiba-tiba... sembilan tahun kena try? Wow hebatnya awak dikejari," ujarnya.

Terima kasih sekali lagi untuk semua yang awak telah lakukan kepada saya dan anak-anak, semoga Allah mengadili sebaik-baiknya, Insya Allah.

NURUL SHUHADA MAT SHUKRI

ISTERI HAFIDZ ROSHDI

Sementara itu, Nurul Shuhada mempersoalkan Athira yang seolah-olah tiada perasaan empati terhadap golongan wanita dikhianati dan anak-anak yang tidak berdosa.

Pun begitu katanya, meskipun sukar dia akan cuba memaafkan kerana dalam agama sendiri meminta seorang manusia itu jadi pemaaf walaupun seberat mana kesalahan itu dilakukan.

"Perkara yang awak buat bukan mudah saya nak maafkan tetapi Allah kata jadilah manusia pemaaf walaupun seberat mana kesalahan. Saya mungkin memaafkan tapi saya tak akan lupakan.

"Awak sendiri kata simpati dengan keadaan kesihatan mental Hafidz. Awak tiada ada rasa empati dekat golongan wanita dikhianati dan anak-anak tidak berdosa?

1946951

Athira memohon maaf kepada Nurul Shuda dan dua anaknya.

"Takkan selama awak buat dah bertahun ini tiada rasa bersalah sebagai seorang perempuan?” jelasnya.

Tambah Nurul Shuhada, dia enggan memanjangkan isu ini kerana perlu memujuk anak-anak dan keluarga yang malu dan terpalit dengan isu berkenaan.

"Terima kasih sekali lagi untuk semua yang awak telah lakukan kepada saya dan anak-anak, semoga Allah mengadili sebaik-baiknya, Insya Allah," katanya.

553 (2)

Nurul Shuhada mempertikaikan kenyataan dibuat Athira.

Pada Khamis lalu, Nurul Shuhada tampil memberi bayangan aktor itu berlaku curang dan menyifatkan wanita tersebut seakan-akan tidak tahu malu apabila sanggup berkunjung ke rumah mereka sehingga membuatkan dia dan anak-anak menderita.

Pendedahan itu dibuat selepas Hafidz menyangkal tuduhan dia berlaku curang terhadap isteri apabila menyifatkan perkara itu sebagai fitnah.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain