suria

Wanita dedah Hafidz Roshid berhubung sejak 9 tahun lalu, mengaku bodoh ganggu rumah tangga orang

Athira Yuhada tampil mohon maaf kepada isteri dan anak-anak Hafidz Roshdi.

SELEPAS beberapa hari pemilik nama Athira Yuhada didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangga Hafidz Roshdi, wanita berkenaan akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada isteri pelakon berkenaan iaitu Nurul Shuhada Shukri di Instagram miliknya pada malam Sabtu.

Selain kepada Nurul Shuhada, Athira turut memohon maaf kepada dua anak pasangan berkenaan iaitu Humairah dan Umar.

Dedah Athira, Hafidz cuba menghubunginya sejak sembilan tahun lalu dan sepanjang tempoh itu juga dia sudah berkali-kali cuba menjauhkan diri daripada pelakon tersebut.

Bagaimanapun kata Athira, kekecohan ini berlaku disebabkan dia bersimpati dengan keadaan Hafidz yang didakwa mengalami masalah kesihatan mental dan ingin memberi sokongan terhadapnya.

Athira memuat naik kenyataan di Instagram miliknya pada malam Sabtu.

"Saya Athira Yuhada, saya berhutang Shuhada, Humairah dan Umar kata maaf yang paling ikhlas. Apa yang saya lakukan adalah sangat mementingkan diri sendiri.

"Sepanjang tempoh sembilan tahun Hafidz cuba menghubungi, saya berkali-kali cuba yang terbaik untuk mengelak.

"Akhirnya ini berlaku setelah mengetahui keadaan kesihatan mentalnya yang membuatkan saya bersimpati dan ingin menyokongnya," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: TikTok guna nama isteri Hafidz Roshdi tumbuh macam cendawan, netizen keliru luahan dibuat benar atau palsu

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita didakwa ‘penyondol’ dah tutup IG, Hafidz Roshdi diasak tunjuk isteri ketika live TikTok

Menerusi hantaran sama, Athira bagaimanapun mengakui kesilapan yang dilakukan namun menegaskan hubungan mereka sudah lama berakhir.

Katanya lagi, dia tidak lagi sesekali akan berhubungan dengan Hafidz pada masa hadapan.

"Saya akui saya lemah dan bodoh kerana terjerumus dalam situasi ini. Namun pada masa yang sama saya ingin menegaskan perkara ini sudah lama berakhir dan saya tidak akan lagi berhubung dengannya.

Athira tidak akan sesekali menghubungi Hafidz.

"Saya dengan rendah diri ingin sekali lagi memohon maaf kepada Shuhada, Humairah dan Umar," katanya.

Pada Khamis lalu, tangkap layar skrin Instastory dipercayai milik Nurul Shuhada tersebar yang memberi bayangan aktor itu berlaku curang menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Menerusi tangkap layar yang dikongsi menerusi Instagram menggunakan nama @shushukriii itu dia meluahkan rasa kecewa dan berterima kasih kepada wanita yang didakwa menjadi penyondol dalam rumah tangga mereka.

553

Sehingga kini Hafidz masih mendiamkan diri berhubung dakwaan berlaku curang.

Bukan itu sahaja, menerusi status berlainan turut menyifatkan wanita berkenaan seakan-akan tidak tahu malu apabila sanggup berkunjung ke rumah mereka sehingga membuatkan dia dan anak-anaknya menderita.

Sebelum ini Hafidz pernah dikaitkan dengan tuduhan curang iaitu menghantar mesej lucah dengan wanita lain sehingga kelakuan itu dihidu oleh isterinya.

Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain