suria

TikTok guna nama isteri Hafidz Roshdi tumbuh macam cendawan, netizen keliru luahan dibuat benar atau palsu

Banyak akaun menggunakan nama Nurul Shuhada muncul.

SEMENJAK tuduhan curang terhadap pelakon Hafidz Roshdi, nama isterinya iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri turut menjadi sebutan dalam kalangan peminat yang berharap wanita itu terus tabah mengharungi dugaan rumahtangga.

Tidak hanya itu, gambar Hafidz bersama isteri turut tular di media sosial sekali gus peminat membahas mengenai isu kemelut rumah tangga mereka yang sedang hangat ketika ini.

Disebabkan itu juga, terdapat beberapa pihak tidak bertanggungjawab seakan mengambil kesempatan dengan membuka beberapa akaun TikTok menggunakan Nurul Shuhada.

Antara TikTok yang menggunakan nama Nurul Shuhada.

Hasil tinjauan mStar mendapati, akaun berkenaan bukan sahaja menggunakan gambar isteri aktor berusia 29 tahun itu malah turut berkongsi kata-kata luahan rasa yang menyentuh jiwa.

"Maaf, mungkin saya tak sempurna di mata awak. Tapi, saya pernah ada di sisi saat awak memerlukan.

"Jika kenangan boleh dipadam, aku nak padam semua kenangan tentang kau. Seperti mana mudahnya kau lupakan aku saat kau surangi aku," tulisnya.

Bagaimanapun tidak dapat disahkan sama ada hantaran berkenaan dibuat Shuhada atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita didakwa ‘penyondol’ dah tutup IG, Hafidz Roshdi diasak tunjuk isteri ketika live TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami mahu jawapan!” - Hafidz Roshdi buat live jalan kaki pulang ke rumah tanpa cakap apa-apa, tak layan soalan dakwaan curang

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa akaun lain turut muncul selepas isu rumahtangga Hafidz menjadi buah mulut ramai sejak dua hari lalu seolah-olah mengambil kesempatan atas isu yang sedang berlaku.

Akaun palsu yang menggunakan nama @nurulshuhada58 memiliki lebih 32,000 pengikut manakala @nurulpxtina seramai 6446 pengikut, @nurulshuhada461 seramai 2782 pengikut dan @hafidysf8tu pula 4516 pengikut.

Kebanyakan akaun berkenaan juga turut berlagak seolah-olah Shuhada dengan memuat naik hantaran meluahkan kekecewaan dicurangi suami.

Melihat ke ruangan komen akaun-akaun palsu tersebut, rata-rata netizen meninggalkan komen-komen positif yang memberi sokongan kepada Shuhada.

Banyak akaun menggunakan nama Nurul Shuhada muncul.

Antara luahan perasaan di akaun TikTok tersebut.

"Semoga Shu terus kuat, kadang pengorbanan kita ini tidak dihargai. Tapi jangan tunjuk awak lemah.

"Jangan mengalah sis, setia itu mahal. Terus bangkit biar dia pula cari awak balik sis," antara komen netizen.

Pada Khamis, tangkap layar skrin Instastory dipercayai milik isterinya yang memberi bayangan aktor itu berlaku curang menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Menerusi tangkap layar yang dikongsi menerusi Instagram menggunakan nama @shushukriii itu dia meluahkan rasa kecewa dan berterima kasih kepada wanita yang didakwa menjadi penyondol dalam rumah tangga mereka.

Hafidz Roshdi masih lagi mendiamkan diri dari beri kenyataan.

Bukan itu sahaja, menerusi status berlainan turut menyifatkan wanita berkenaan seakan-akan tidak tahu malu apabila sanggup berkunjung ke rumah mereka sehingga membuatkan dia dan anak-anaknya menderita.

Sebelum ini Hafidz pernah dikaitkan dengan tuduhan curang iaitu menghantar mesej lucah dengan wanita lain sehingga kelakuan itu dihidu oleh isterinya.

Sumber memberitahu, pelakon berkenaan juga bertindak memadam gambar Shuhada di Instagram.

Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain