suria

Bekas tunang buat ‘U-turn’ mengaku masih sayang, Zarina Anjoulie nombor satu dalam hati

Hubungan Khazrul dan Zarina masih belum bertemu titik noktah.

BEKAS tunang Zarina Anjoulie iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey, mendedahkan perancangan bertemu bapa pelakon berkenaan terpaksa dibatalkan atas sebab yang tidak dimaklumkan.

Khazrul, 45, berkata, dia sepatutnya bertemu dengan bapa Zarina pada Jumaat namun terdapat halangan yang membuatkan pertemuan itu tidak kesampaian.

"Saya ingat nak jumpa bapa dia pada 17 Februari tapi ada rintangan. Saya tak nak kongsi apa rintangan dia, tapi saya berserah kepada Allah SWT. Manusia hanya mampu merancang Allah yang menentukan," katanya.

Khazrul berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung di TikTok miliknya pada Jumaat.

Khazrul mengaku masih sayangkan Zarina.

Dalam pada itu, Khazrul mengakui masih lagi mempunyai hati dengan aktres berkenaan walaupun tiada jodoh untuk bersama.

Khazrul turut menyifatkan Zarina seorang wanita yang baik malah pelakon itu sentiasa bertakhta di dalam hatinya.

"Anju (panggilan Zarina) baik. Dia sangat baik. Dia saya letak nombor satu dalam hati saya. Mak Pova nombor satu, dia pun nombor satu dalam hati saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu berat badan bukan punca tak jadi kahwin, bekas tunang perjelas Zarina Anjoulie hanya melawak minta kurus sampai 55 kilogram

ARTIKEL BERKAITAN: “Papa tak sebaik mama impikan” - Hubungan Zarina Anjoulie dan Khazrul Alzey berakhir, bekas tunang minta tempoh bertenang

"Dua-dua sebelah kanan ada, sebelah kiri ada. Yang dah lepas biarkan lepas, nak buat macam mana," jelasnya.

Sementara itu, Khazrul memberitahu dia sudah memujuk dan berbincang dengan aktres berkenaan namun kini menyerahkan urusan jodoh mereka kepada takdir.

Tambah Khazrul, mereka sama-sama perlu menginsafi dan muhasabah diri atas kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.

Khazrul berkata dia dan Zarina perlu muhasabah diri.

"Saya sudah pujuk, dia pun ada hubungi saya. Saya pun cakap dengan dia secara lebih mendalam, dia pun sama. Cuma kena muhasabah diri dululah.

"Kalau ada jodoh nanti, kalau dia tak kahwin lagi... manalah tahu, saya kahwinlah dengan dia. Buat masa ini, dia kena belajar kesilapan. Saya kena belajar kesilapan," ujarnya.

Berkongsi lanjut mengenai perkara itu, Khazrul berkata, mereka masih berkawan baik dan enggan memutuskan silaturahim yang terjalin sebelum ini.

Bagaimanapun ketika ini katanya, dia sudah tidak dapat berhubung dengan Zarina mungkin disebabkan nombor telefonnya sudah disekat.

Zarina tidak pernah sepi daripada kisah kontroversi.

"Kalau jodoh tak ke mana sebab kami pun sudah berkawan baik. Kami tidak mahu putuskan silaturahim. Saya ada mesej dia, tapi tak lepas.

"Mungkin ada tidak kena dengan WhatsApp atau pun dia sudah cut (sekat). Mungkin dia merajuk kot," katanya.

Pada 26 Januari lalu, Zarina mendedahkan sudah mengikat tali pertunangan dengan Khazrul namun tidak mendedahkan tarikh sebenar majlis tersebut diadakan.

Tidak lama kemudian, hubungan mereka tiba-tiba berakhir sebelum Khazrul memaklumkan dia bukan lelaki terbaik yang boleh bergelar suami kepada Zarina.

Sejak itu, Khazrul dan Zarina dilihat saling berbalas kenyataan di media sosial masing-masing berhubung isu melanda mereka berdua.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain