suria

Wanita didakwa ‘penyondol’ dah tutup IG, Hafidz Roshdi diasak tunjuk isteri ketika live TikTok

Hafidz Roshdi tak jawab pertanyaan netizen yang tanya isu curang.

PELAKON Hafidz Roshdi dilihat kekal tenang ketika muncul menerusi video siaran langsung di TikTok pada pagi Jumaat ketika namanya kembali menjadi bualan hangat apabila dikatakan berlaku curang terhadap isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Hafidz membuat kemunculan berkenaan ketika ada pihak menyebarkan paparan skrin kononnya perbualan dia bersama seorang wanita yang didakwa sebagai punca kekecohan rumah tangganya ketika ini.

Menerusi siaran langsung berkenaan, aktor berusia 29 tahun itu dipercayai berada di rumah namun memilih untuk tidak menjawab sebarang soalan meskipun diasak pengikutnya.

Video berkenaan turut menarik lebih 10,000 penonton yang kebanyakan bertanya mengenai tuduhan curang dilakukannya terhadap isteri selain mereka meluahkan rasa tidak puas hati.

002618900_1675843114-gita02

Hafidz Roshdi tenang di siaran langsung TikTok.

Pada malam sebelum itu, Hafidz turut muncul menerusi siaran langsung di TikTok miliknya namun tetap membisu ketika netizen menuntut dia membuat penjelasan berhubung khabar angin kecurangan berkenaan.

Malah apabila diminta menunjukkan isterinya, Hafidz hanya memberitahu bahawa Shuhada tidak mengenakan tudung membuatkan dia enggan berkongsi wajah suri hatinya itu.

Pun begitu, dapat didengari suara seorang wanita dalam siaran langsung tersebut bagaimanapun tidak dapat dipastikan siapa orangnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami mahu jawapan!” - Hafidz Roshdi buat live jalan kaki pulang ke rumah tanpa cakap apa-apa, tak layan soalan dakwaan curang

ARTIKEL BERKAITAN: “Tengah komen kat bawah ke tu?” - Sindir Hafidz Roshdi kepada netizen selepas isteri dedah kecurangan

"Isteri saya tak pakai tudung, tak boleh!" kata Hafidz.

Sementara itu, menerusi perkongsian menerusi Instagram @Jabatannetizennegara20, tular tangkap layar menunjukkan mesej yang didakwa dihantar Hafidz kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Athira Yuhada.

Wanita yang dipercayai menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pasangan itu bagaimanapun telah menyahaktifkan akaun media sosialnya yang membuatkan ramai percaya wanita tersebut ada kaitan dengan pelakon tersebut.

611a3c4797e44-gita-savitri-dan-paul-partohap_665_374

Wanita di dakwa jadi orang ketiga dalam rumah tangga Hafidz Roshdi dan isteri.

Dalam kekecohan itu, Hafidz sempat memuat naik gambar memaparkan dirinya sedang bertinggung sambil tangannya menunjukkan ke arah ruang komen dan tersenyum sinis.

"Tengah komen dekat bawah ke tu," tulisnya pada bahagian kapsyen gambar tersebut.

Pada Khamis, tangkap layar skrin Instastory dipercayai milik isterinya yang memberi bayangan aktor itu berlaku curang menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Menerusi tangkap layar yang dikongsi menerusi Instagram menggunakan nama @shushukriii itu dia meluahkan rasa kecewa dan berterima kasih kepada wanita yang didakwa menjadi penyondol dalam rumah tangga mereka.

Screenshot-2023-02-16-at-9.56.17-AM

Luahan Shuhada di Instagram miliknya.

Bukan itu sahaja, menerusi status berlainan turut menyifatkan wanita berkenaan seakan-akan tidak tahu malu apabila sanggup berkunjung ke rumah mereka sehingga membuatkan dia dan anak-anaknya menderita.

Sebelum ini Hafidz pernah dikaitkan dengan tuduhan curang iaitu menghantar mesej lucah dengan wanita lain sehingga kelakuan itu dihidu oleh isterinya.

Sumber memberitahu, pelakon berkenaan juga bertindak memadam gambar Shuhada di Instagram.

Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain