NAMA pelakon Hafidz Roshdi kembali menjadi sebutan ramai selepas tular beberapa tangkap layar Instastory dipercayai milik isterinya iaitu Nurul Shuhada yang memberi bayangan aktor berkenaan berlaku curang. Susulan pendedahan tersebut, netizen bertindak menyerang di ruang komen hantaran Instagram milik Hafidz yang rata-rata kecewa dengan sikap aktor berkenaan. Rata-rata menuduh Hafidz menganiaya isteri dan dua anak mereka yang masih kecil dan tidak menyangka aktor berkenaan bersikap berkenaan. Apatah lagi, Hafidz sebelum ini menyangkal dakwaan curang terhadap Shuhada malah menyifatkan laporan mengenai perkara itu oleh sebuah portal berita adalah fitnah. Luahan Nurul Shuhada di Instagram miliknya. "Akhirnya isteri sendiri yang keluarkan kenyataan. Nak 'konar' macam mana lagi ya lepas ini? "Lain kali kalau curang, jujur jer bro... Jangan pusing sana pusing sini. Last-last terciduk, kantoi. Kesiankan la isteri. Jika tak kesian dekat isteri, tengok la muka anak-anak. "Menyesal minat kau, muka konon alim... baik tapi rupanya aniaya isteri dengan anak. Konon isteri untuk tatapan padahal memang kau curang, kan!," antara komen netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi pelik kena ‘serang’ isu curang, rupanya ada sebab padam foto isteri di IG ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi kena serang netizen, dituduh artis lelaki berwatak ‘alim’ curangi isteri Terdahulu, menerusi tangkap layar yang dikongsi menerusi Instagram menggunakan nama @shushukriii meluahkan rasa kecewa dan berterima kasih kepada wanita yang didakwa menjadi penyondol dalam rumah tangga mereka. Bukan itu sahaja, menerusi status berlainan turut menyifatkan wanita berkenaan seakan-akan tidak tahu malu apabila sanggup berkunjung ke rumah mereka sehingga membuatkan dia dan anak-anaknya menderita. Sementara itu, ada juga dalam kalangan netizen yang turut menasihati aktor berkenaan agar segera insaf sekiranya dakwaan menyelubungi dirinya ketika ini adalah benar. Antara komen ditinggal netizen di Instagram Hafidz. Ramai meminta agar Hafidz menghargai pengorbanan Shuhada yang sentiasa bersamanya ketika susah dan senang apatah lagi wanita itu ibu kepada dua zuriatnya. Malah ada meminta Hafidz meneliti apa yang berlaku kepada rakan selebriti iaitu Shuk Sahar yang kini kehilangan banyak perkara disebabkan bersikap curang. "Harap jagalah hati isteri dan anak-anak itu dengan baik, buang masa itu semua (berlaku curang). Apa yang ada depan mata hargai sebelum semuanya musnah, kerjaya pun hancur nanti. Hafidz sebelum ini pernah memuat naik gambar bersama isteri sebagai menyangkal dakwaan dia berlaku curang. "Netizen sekarang dah pandai bijak siapa artis yang buat hal mereka akan boikot. Jangan tanya kenapa selepas ini nasib awak sama macam Shuk," komen netizen. Dalam pada itu, menerusi hantaran terbaharu Hafidz di Instagram, aktor berkenaan memuat naik gambar memaparkan dirinya sedang bertinggung sambil tangannya menunjukkan ke arah ruang komen dan tersenyum sinis. "Tengah komen dekat bawah ke tu,”tulisnya pada bahagian kapsyen gambar tersebut. Usaha mStar bagi mendapatkan kenyataan daripada Hafidz sendiri berhubung isu tersebut bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan dibuat kepadanya tidak berjawab. Hantaran terbaharu Hafidz di Instagram. Sebelum ini, aktor berusia 29 tahun itu pernah dikaitkan dengan tuduhan curang iaitu dengan menghantar mesej lucah dengan wanita lain sehingga kelakuan itu dihidu oleh isterinya. Sumber memberitahu, pelakon berkenaan juga bertindak memadam gambar Shuhada di Instagram. Pun begitu, menerusi temu bual bersama mStar, Hafidz menafikan tuduhan dirinya berlaku curung dan memilih untuk tidak berkongsi gambar isteri kerana ia untuk tatapan peribadi. Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia dua tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!