TIADA angin tiada ribut, pelakon Zara Zya didakwa dipinang oleh seorang jejaka yang tidak diketahui identitinya apabila tersebar sekeping foto memperlihatkan seorang wanita menyarungkan cincin ke jarinya. Menerusi foto tersebut, Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38, dilihat mengenakan sepersalinan baju kurung berwarna putih sedang duduk di atas sofa sambil seorang wanita berpakaian hitam menyarungkan cincin ke jari manis tangan kirinya. Bagaimanapun wajah wanita berkenaan ditutup dengan emoji cinta bagi merahsiakan identitinya. Zara sebelum ini digosipkan dengan Alha Alfa. Sementara itu, sumber memaklumkan majlis merisik itu dilakukan dalam suasana sederhana dan hanya dihadiri dalam kalangan keluarga terdekat. Usaha mStar mendapatkan penjelasan Zara berhubung penularan foto tersebut bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan dibuat tidak berjawab. ARTIKEL BERKAITAN: Pernah kena tipu dan alami kerugian, Zara Zya tak serik berniaga... "sampai bila nak berlakon?" ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Bukan gimik murahan, Zara Zya hanya penuhi permintaan peminat kongsi gambar dengan Shuib Sebelum ini, pelakon drama Love You Mr. Arrogant itu digosipkan mempunyai hubungan dengan jurusolek selebriti terkenal, Datuk Seri Alha Alfa. Alha bagaimanapun menjelaskan hubungannya dengan Zara sudah terjalin sejak sekian lama hanya atas dasar persahabatan. Dalam pada itu, netizen menebak jejaka yang menambat hati Zara adalah Alha memandangkan pelakon itu dilihat menemani usahawan berkenaan ke acara Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) yang berlangsung di Axiata Arena pada 12 Februari lalu. Untuk rekod, Zara pernah mengikat tali pertunangan bersama pelakon Hafreez Adam pada 12 Oktober 2019 namun selepas sebulan, pasangan selebriti tersebut membuat keputusan memutuskan hubungan mereka. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube