FILEM berjudul Mentega Terbang yang mula ditayangkan di aplikasi Viu sejak Januari lalu mendapat kecaman banyak pihak apabila ia dikatakan memaparkan babak yang menyentuh sensitiviti agama iaitu menghina Islam.Sedar akan isu yang sedang diperkatakan itu, pengarahnya iaitu Khairi Anwar, 31, berkata apa yang menjadi bualan orang ramai bukanlah gambaran sebenar yang ingin disampaikan dalam keseluruhan filem tersebut. Malah suntingan beberapa minit dari filem tersebut juga tidak akan menjawab mesej sebenar yang ingin disampaikan jika orang ramai tidak menonton penuh karya berdurasi 1 jam 45 minit itu.Klip babak dalam filem Mentega Terbang mengelirukan penonton. "Saya rasa mereka yang mengecam filem ini tidak menonton sehingga habis. Mereka bercakap di luar konteks sedangkan apa yang ingin disampaikan ada dalam keseluruhan filem tersebut."Mereka hanya mengambil klip dua minit dari keseluruhan 1 jam 45 minit," katanya ringkas ketika dihubungi mStar pada Rabu.Sejak beberapa hari lalu satu babak dari filem terbitan Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment itu hangat menjadi bualan kerana menggambarkan seorang bapa yang berfikiran terbuka tidak menghalang anaknya untuk memilih agama yang mana perbuatan itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam.ARTIKEL BERKAITAN: Beto Kusyairy pegang watak Zuhal 6 bulan disebabkan PKP, ‘Imaginur’ sarat elemen hipnosis dan teka-teki ARTIKEL BERKAITAN: ‘Coast Guard Malaysia: Ops Helang’ sentuhan terakhir Pitt Hanif, angkat kisah agensi Maritim Malaysia Selain itu lontaran dialog watak kanak-kanak perempuan bernama Aishah juga menjadi perdebatan kerana dianggap boleh menimbulkan keraguan dalam kalangan penonton.Isu ini turut mendapat perhatian penyanyi Caprice yang meluahkan rasa bengang dan berharap pihak berkuasa termasuk Kementerian Komunikasi & Digital untuk mengambil tindakan.Tidak mudah melatah dengan segala kritikan tersebut, Khairi menegaskan segala jawapan terhadap persoalan yang timbul ada dipaparkan dalam filem berkenaan. Mereka bercakap di luar konteks sedangkan apa yang ingin disampaikan ada dalam keseluruhan filem tersebut.KHAIRI ANWARPENGARAH"Jawapan kepada isu yang viral itu ada pada minit seterusnya. Malangnya ia telah dipotong dan hanya isu tersebut yang menjadi viral di media sosial," ulasnya.Tambah Khairi apa yang sedang diperkatakan di sosial media kini bukanlah sengaja dirancang oleh pihak produksi bagi tujuan pemasaran kerana filem ini telah lama disiapkan.Katanya pihak produksi pernah cuba untuk membuka tayangan di pawagam tempatan namun ditolak berikutan ia dianggap mengandungi isu sensitif masyarakat Malaysia.Filem ini juga tidak ditayangkan di pawagam Malaysia. "Kalaulah ada yang katakan ini sebagai satu cara marketing, saya boleh katakan ia gagal sebab filem ini sudah siap pada tahun 2020. Kalau nak viral lebih baik dari dahulu saya muat naik cerita kontroversi begini."Filem ini juga tidak dapat ditayangkan di pawagam. Apabila saya buka mulut sahaja, mereka (pihak pawagam) sudah tolak," ceritanya.Selain isu itu, terdapat satu lagi adegan mengenai makanan daging babi turut tular di media sosial yang menjadi bantahan ramai.Sementara itu difahamkan karya berkenaan telah diturunkan di platform Viu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!