suria

[V] Puteri Sarah sudah buat solat istikharah, sedia untuk ‘move on’... Tak putus hubungan dengan mentua walau berpisah

Puteri Sarah harap semuanya akan berakhir pada 7 Mac.

PELAKON Puteri Sarah Liyana berharap kemelut rumah tangganya dengan suami iaitu pengarah Syamsul Yusof akan dinoktahkan secara baik pada 7 Mac depan.

Meskipun tarikh sebutan kes itu sehari sebelum ulang tahun perkahwinan mereka, Sarah, 37, berkata dia tidak lagi peduli mengenai perkara itu dan mahu meneruskan hidup baharu secepat mungkin.

"Saya dah tak rasa apa-apa mengenai ulang tahun perkahwinan kami, saya harap saya dilepaskan. Jadi saya boleh move on.

msg-592864573-9928

Puteri Sarah sudah sedia untuk move on.

"Saya harap 7 Mac ini saya dilepaskan dengan baik dan move on dengan hidup masing-masing.

"Saya harap pihak sana cepat-cepat," katanya.

Sarah berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sidang media drama Andai Itu Takdirnya yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.

ARTIEKL BERKAITAN: [V] Syamsul mohon untuk mencelah kes mahkamah, Puteri Sarah tak takut... Lawan tetap lawan

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Hafidz Roshdi hubungi Puteri Sarah minta nasihat masalah rumah tangga

Dalam pada itu, Sarah berkata dia sudah melakukan solat istikharah semasa menunaikan umrah baru-baru ini dan yakin dengan keputusannya itu.

"Saya cuma nak dilepaskan. Saya dah buat solat istikharah ketika tunaikan umrah, petanda itu tak akan dapat dalam mimpi, kalau dapat baguslah.

"Tapi bila kita dah buat keputusan itu, saya rasa dipermudahkan. Saya tak rasa berdebar atau tak boleh tidur malam. Saya cuma rasa tolong lepaskan saya," katanya lagi.

Hak penjagaan anak tiada masalah, saya akan berbincang.

PUTERI SARAH LIYANA

PELAKON

Berkongsi mengenai hak penjagaan anak, Sarah memberitahu dia akan berbincang mengenai perkara itu dengan peguam Syamsul kelak.

"Hak penjagaan anak tiada masalah, saya akan berbincang. Peguam saya dengan peguam dia akan berbincang.

"Dia pun tahu saya yang banyak berjaga, bila ada penggambaran keluarga saya dan mentua akan jaga anak-anak saya," ujarnya.

WhatsApp-Image-2021-05-14-at-11.57.19-AM-e1620965648859

Puteri Sarah harap dipermudahkan 7 Mac nanti.

Ditanya mengenai perasaan ibu bapa mentua, Sarah berkata dia tetap menjaga hubungan baik bersama mentua walaupun sudah berpisah.

"Apa-apa keputusan yang saya nak buat saya tak pernah berselindung, saya tak pernah sorok apa-apa dari mentua saya.

"Setiap gerak geri saya akan beritahu mereka, apa keputusan saya memang saya dah bincang dengan mak dan bapa mentua saya.

WhatsApp Image 2023-01-14 at 10.56.40

Puteri Sarah akan jaga hubungan baik bersama mentua.

"Mereka pun faham, memang berat mereka nak lepaskan saya tapi InsyaAllah tidak akan menjejaskan apa-apa. Saya masih akan datang rumah mereka macam biasa walaupun dah berpisah.

"Saya akan datang tidur rumah mereka macam biasa. Tiada yang berubah," kongsinya.

Sebelum ini, Sarah memfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah, Jalan Duta Kuala Lumpur, pada 16 Januari lalu dan mahkamah menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes.

208361261_546673626517711_8892220711441617036_n

Syamsul kahwini Ira Kazar 6 Januari lalu.

Untuk rekod, Syamsul dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan dia telah bernikah dengan Ira di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain