suria

Puteri Sarah minta terus lawan, sentiasa sedia jika Shuhada perlu sokongan

Puteri Sarah sedia memberikan sokongan buat Shuhada.

PELAKON Puteri Sarah Liyana terus memberi sokongan buat isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri dalam memperjuangkan hak sebagai seorang wanita.

Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, dia sentiasa akan berada di sisi Shuhada sekiranya wanita itu memerlukan bantuan dan sokongan daripadanya.

Malah isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu meminta dia terus melawan bagi mempertahankan haknya.

sarah2 - 1

Puteri Sarah memberikan sokongan sepenuhnya buat Shuhada.

"Lawan. Saya sentiasa berada di sini sekiranya kamu memerlukan saya, okey," katanya.

Puteri Sarah membuat kenyataan itu menerusi ruang komen hantaran Instagram Shuhada yang memuat naik kenyataan balas kepada Hafidz pada Sabtu.

Dalam pada itu, Shuhada turut mengucapkan terima kasih kepada Puteri Sarah dan bersemangat untuk terus menegakkan keadilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kesal Nurul Shuhada mencanang fitnah terhadap keluarga, Hafidz Roshdi beri tempoh 48 jam isteri mohon maaf

ARTIKEL BERKAITAN: Shuhada tak tunduk permintaan Hafidz Roshdi, guna saluran undang-undang selesai pertikaian

"Terima kasih kak. Jom sama-sama kita lakukan ini. Saya sayang kakak," balasnya.

Sebelum ini, Hafidz menuntut Shuhada membuat permohonan maaf dalam tempoh 48 jam serta menarik balik kenyataan menuduh adiknya bersubahat selain menggelar keluarganya sebagai toksik.

Hafidz berkata, jika Shuhada gagal berbuat demikian dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap isterinya itu kerana telah melibatkan maruah dan privasi keluarganya terganggu.

Pada 5 Mac lalu, Shuhada memberi bayangan sikap suaminya turut mendapat sokongan daripada ahli keluarga mentuanya termasuk adik ipar yang didakwa bersubahat dalam kejadian menimpanya.

Sebelum itu, aktor berkenaan didakwa menumbuk tiga kali di bahagian kiri wajah Shuhada selepas berlaku pertengkaran di antara mereka di sebuah lokasi berdekatan kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Buloh, Selangor sekitar pukul 6 pagi pada 2 Mac lalu.

hafidz2 - 1

Kemelut rumah tangga Hafidz dan Shuhada masih belum menemukan jalan penyelesaian.

Ekoran kejadian itu, Hafidz bakal didakwa di Mahkamah Kuala Kubu Baharu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan pada Isnin ini.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.

Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing pada 22 Februari lalu sebelum wanita itu memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Februari 2023.

Kes pengesahan lafaz cerai itu akan disebut pada 21 Mac ini

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain