suria

Uqasha dedah WhatsApp Kamal Adli terima ugutan bunuh, penyerang bukan orang tak siuman

Uqasha kesal dengan komen-komen yang tidak sensitif.

SUSULAN kejadian Kamal Adli diserang menggunakan cota di Singapura pada malam Ahad, isterinya Uqasha Senrose berkongsi tangkap layar mesej menerusi aplikasi WhatsApp dipercayai dihantar oleh lelaki yang memukul aktor berkenaan.

Menerusi mesej yang didedahkan Uqasha, 31, individu berkenaan menggelar Kamal sebagai anjing selain mengugut akan menyiksa pelakon itu habis-habisan dan membunuhnya.

Kata Uqasha, lelaki terbabit nampaknya sudah lama menjadikan Kamal sebagai sasaran namun tidak diketahui punca sebenar individu itu menyimpan dendam terhadapnya.

"Hey, pesan sama Kamal Adli anjing tu, aku mesti bunuh dia.

uqasha32 - 1

Uqasha kesal dengan sikap segelintir pihak yang tidak sensitif.

"Aku mesti siksa dia habis-habisan. Semua anjing keparat," tulis individu berkenaan menerusi WhatsApp.

Uqasha berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya.

Pada malam Ahad, Kamal, 37, mengalami kecederaan ekoran diserang menggunakan cota selepas menyetai acara Hari Raya Mega Sale 2023 yang berlangsung di Dewan 5A, Singapore Expo, Singapura.

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli cedera dipukul guna cota di Singapura, penyerang berjaya ditahan polis

ARTIKEL BERKAITAN: "Dia hayun berkali-kali di belakang kepala" - Uqasha Senrose cerita detik cemas Kamal Adli dipukul, pelaku dakwa dihantar pihak lain

Akibat serangan itu, Kamal mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka, bawah mata dan badan.

Aktor itu yang dikejarkan ke Hospital Besar Changi Singapura dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan disebabkan bahagian belakang kepalanya koyak.

Dalam pada itu, Uqasha menjelaskan lelaki berusia 34 tahun yang menyerang Kamal bukan orang tidak siuman selain menegaskan individu itu adalah warganegara Singapura berdasarkan kad pengenalannya.

WhatsApp Image 2023-03-13 at 10.54.59 AM

Antara komen netizen.

Uqasha turut meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir meninggalkan komen tidak baik terhadapnya gara-gara dia membuat kenyataan Kamal diserang penduduk negara tersebut.

"Suami saya kena pukul dengan orang Singapura, memang warganegara Singapura, saya sendiri lihat kad pengenalan dia. Tapi saya tak cakap semua orang Singapura itu jahat.

"Lelaki yang libas suami saya pakai cota besi itu siuman, normal. Kalau tak ada benda baik nak cakap, jangan cakap apa-apa. Suami saya berdarah depan mata saya, saya trauma dan menggigil," katanya.

WhatsApp Image 2023-03-13 at 10.54.41 AM

Antara komen dan ugutan yang diterima.

Menerusi ruang komen, ada segelintir netizen mempertikaikan tuduhan dibuat secara melulu melibatkan warga Singapura.

"Singapura memang negara yang selamat dan rendah kadar jenayah tetapi tak semestinya selamat. Ini orang tak waras yang buat macam ini atau bukan orang Singapura.

"Saya tahu agak keterlaluan untuk bercakap tentang hal ini selepas semuanya berlaku, tetapi mana awak tahu penyerang adalah warganegara Singapura?

"Negara kami memang ada jenayah tetapi jangan menuding jari menyalahkan rakyat Singapura," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain