suria

Kamal Adli stabil tapi bergantung ubat tahan sakit, minta netizen jangan gaduh - “Yang ketuk saya seorang bukan satu Singapura”

Kamal Adli memberitahu keadaannya stabil.

PELAKON Kamal Adli memberitahu keadaannya semakin stabil selepas insiden dia diserang lelaki tidak dikenali menggunakan cota sehingga mengalami kecederaan di bahagian kepala, wajah dan badan.

Kamal, 37, berkata, buat masa ini dia masih mengambil beberapa jenis ubat-ubatan tahan sakit dan dijaga baik oleh isterinya, Uqasha Senrose.

"Salam... Alhamdulillah amin, Kamal semakin stabil tapi masih mengambil ubat-ubatan untuk tahan sakit, nanah serta lebam-lebam di badan dan di jaga isteri saya," katanya.

Kamal memaklumkan keadaan terkininya itu menerusi hantaran di Instagram miliknya selain memuat naik gambarnya yang menunjukkan bahagian kepalanya berbalut selain terhadap kesan calar pada bahagian kiri wajahnya.

553 (1)

Suspek menggunakan cota ketika menyerang Kamal di sebuah acara di Singapura.

Dalam pada itu, Kamal turut meminta doa untuk Uqasha yang masih dalam keadaan trauma akibat insiden pada malam Ahad lalu.

Malah Kamal turut berharap semua pihak menjaga keselematan diri masing-masing dan tidak bertikam lidah berhubung kejadian itu.

"Terima kasih atas doa kalian terutamanya artis-artis di booth dan juga orang-orang Malaysia dan Singapura yang tolong Kamal.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah Singapura perintah suspek serang Kamal Adli jalani ujian psikiatri 2 minggu

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli sudah sedar, Uqasha Senrose perjelas kekeliruan suami ditidurkan

"Cuma Kamal berharap semua orang tolong jaga keselamatan kerana kita tidak tahu siapa suka atau benci kita.

"Doakan untuk isteri saya yang masih trauma fasal isu ini... Saya sayang isteri saya. Yang ketuk saya seorang sahaja bukan satu Singapura, jangan gaduh-gaduh," katanya.

Pada malam Ahad lalu, seorang lelaki berusia 33 tahun menyerang Kamal menggunakan cota selepas menyertai acara Hari Raya Mega Sale 2023 yang berlangsung di Dewan 5A, Singapore Expo.

Akibat serangan itu, Kamal mengalami luka sedalam tiga sentimeter dan menerima empat jahitan pada bahagian kulit kepala di Hospital Besar Changi Singapura.

Kamal Adli IG

Kamal berkongsi keadaan terkini di Instagram.

Menerusi satu perkongsian, Uqasha memaklumkan ketika ini dia terpaksa merahsiakan keberadaannya atas tujuan keselamatan.

Sementara itu, pada Selasa, Mahkamah Singapura memerintahkan suspek yang dikenali sebagai Muhammad Nabil Rashid direman selama dua minggu bagi menjalani ujian psikiatri.

Tertuduh akan direman di Institut Kesihatan Mental untuk pemerhatian psikiatri.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan atau kedua-duanya sekali.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain