suria

Bertanggungjawab insiden Kamal Adli diserang, Roslan Shah perjelas tuduhan tiada pengawal keselamatan kawal artis

Roslan berasa bertanggungjawab atas insiden menimpa Kamal Adli.

PENGACARA Roslan Shah menyangkal dakwaan program Hari Raya Mega Sale 2023 yang berlangsung di Dewan 5A Singapore Expo, Singapura hujung minggu lalu tidak mempunyai kawalan pengawal keselamatan sehingga berlakunya insiden pelakon Kamal Adli diserang individu tidak dikenali.

Roslan, 51, sebaliknya berkata, pengawal yang bertugas ada ditempatkan di luar dewan memandangkan ketika kejadian acara tersebut sudah hampir di penghujung.

"Penganjur sebenarnya ada sediakan pengawal di luar dewan. Kita tak tahu benda ini nak berlaku sebab belum pernah terjadi.

"Sudah 18 tahun saya bawa rakan-rakan artis nama-nama besar ke Singapura dan ini kali pertama kejadian seumpamanya berlaku," katanya kepada mStar.

WhatsApp Image 2023-03-13 at 1.38.43 AM

Roslan memaklumkan keberadaan Kamal dan Uqasha ketika ini dirahsiakan bagi tujuan keselamatan.

Roslan berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Majlis Berbuka Puasa bersama Khai Bahar yang berlangsung pada petang Selasa.

Dalam pada itu, Roslan berharap insiden menimpa Kamal dapat menjadi pengajaran buat penganjur untuk mengawal sesuatu acara melibatkan selebriti dan orang ramai dengan lebih ketat.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah Singapura perintah suspek serang Kamal Adli jalani ujian psikiatri 2 minggu

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli stabil tapi bergantung ubat tahan sakit, minta netizen jangan gaduh - “Yang ketuk saya seorang bukan satu Singapura

Kata Roslan, dia dan pihak penganjur turut mengambil tanggungjawab berhubung kejadian yang menimpa Kamal dan isterinya, Uqasha Senrose.

"Ini pengajaran buat penganjur kalau nak buat acara melibatkan artis kena ada pengawal keselamatan.

Dekat luar sana ada orang kata saya memandai-mandai, kalau saya tak tolong nanti, ada yang kata saya lepas tangan pula.

ROSLAN SHAH

PENGACARA

"Saya juga bertanggungjawab sebab saya yang bawa mereka ke Singapura," jelasnya.

Bercakap mengenai keadaan Kamal dan Uqasha, Roslan berkata, dia ada bertemu pasangan itu untuk memberi motivasi memandangkan mereka dalam keadaan trauma berhubung kejadian tersebut.

Bagaimanapun, Roslan turut rasa terkilan apabila ada segelintir pihak melontarkan kata-kata kurang enak kepadanya namun memilih tidak mengendahkan kerana apa lebih penting dia berasa bertanggungjawab atas insiden menimpa pasangan terbabit.

k

Akibat diserang menggunakan cota, bahagian belakang kepala Kamal menerima empat jahitan.

"Dekat luar sana ada orang kata saya memandai-mandai, kalau saya tak tolong nanti, ada yang kata saya lepas tangan pula.

"Pihak penganjur pun datang balai polis jumpa mereka beri kata-kata semangat malah segala kos rawatan dan penginapan juga ditanggung penganjur," katanya.

Sementara itu, Roslan berkata, buat masa ini keberadaan pasangan itu dirahsiakan termasuk tempat penginapan mereka demi melindungi keselamatan pasangan berkenaan.

Malah kata Roslan, dia sendiri tidak tahu bila Kamal dan Uqasha akan pulang ke Malaysia namun meminta semua mendoakan kesihatan Kamal kembali pulih sedia kala.

WhatsApp Image 2023-03-14 at 5.52.51 PM

Roslan ditemui ketika sidang media Majlis Berbuka Puasa bersama Khai Bahar yang diadakan pada petang Selasa.

Pada Ahad lalu, suspek yang dikenali sebagai Muhammad Rasid, 33, menyerang Kamal menggunakan cota sehingga menyebabkan aktor itu mengalami kecederaan di bahagian kepala, wajah dan badannya.

Kamal, 37, yang dikejarkan ke Hospital Besar Changi Singapura terpaksa menerima empat jahitan di bahagian belakang kepala yang koyak sedalm tiga sentimeter akibat dipukul dengan cota.

Pada Selasa, Mahkamah Singapura mereman suspek selama dua minggu dan diarahkan menjalani pemeriksaan psikiatrik di Institut Kesihatan Mental Singapura.

Kes tersebut akan disebut semula pada 28 Mac ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain