PERKONGSIAN video terbaharu pelakon Datin Eina Azman di aplikasi TikTok mengundang pelbagai spekulasi dan tanda tanya dalam kalangan peminat.Menerusi muat naik berkenaan, pelakon berusia 28 tahun itu dilihat berada dalam keadaan sedih dan menangis. Bukan itu sahaja, Eina turut berkongsi quote atau kata-kata seolah-olah menggambarkan dirinya tidak dihargai oleh seseorang.Perkongsian video Eina di TikTok dan Instastory."Jika seseorang tidak menghargai kehadiran anda, jadikan mereka menghargai ketiadaan anda," katanya.Eina turut berkongsi video yang sama menerusi Instastory pada pagi Rabu.Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut meluahkan kebimbangan melihat keadaan aktres drama The Maid itu.ARTIKEL BERKAITAN: Eina Azman syukur dapat keluar bekerja... suami tak suka kalau duduk rumah sahajaARTIKEL BERKAITAN: Eina Azman dan suami buat umrah kali kedua, tunai nazar selepas sembuh Covid-19Mereka berharap perkongsian Eina itu bukanlah disebabkan masalah rumah tangga yang dihadapinya.."Tak bersedia nak baca satu lagi isu penyondol, tapi itulah bahagia di luaran dalam hati siapa tahu.Eina bersama suami dan dua anak mereka."Sedih tengok Eina menangis, tolong bukan sebab penyodol ya datin," antara komen netizen.usaha mStar mendapatkan penjelasan Eina berhubung perkongsiannya itu tidak berjaya apabila panggilan tidak berjawab.Untuk rekod, Eina berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah pada 31 Ogos 2014 dan dikurniakan cahaya mata kembar iaitu Aubrey dan Karl yang kini berusia tujuh tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!