suria

Individu buat dakwaan kaki buli mahu berbaik, Uqasha Senrose serah pihak berkuasa siasat tuduhan

Uqasha serah kes kepada polis dan peguam untuk siasatan lanjut.

PELAKON Uqasha Senrose enggan melatah dengan tuduhan kononnya dia seorang pembuli sebaliknya menggunakan saluran perundangan bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.

Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, berkata, dia sudah menyerahkan isu itu kepada peguam dan pihak polis bagi menjalankan siasatan terhadap ciapan yang dibuat oleh seorang wanita di Twitter.

Jelasnya, tindakan itu diambil disebabkan wanita terbabit secara jelas telah menjatuhkan maruahnya dengan tuduhan tidak berasas.

"Peguam dan polis sudah siasat semua twit-twit dia, kita tunggu dah lihat. Saya malas nak layan tapi ini maruah saya, fitnah yang teruk!

Wanita dakwa Uqasha pembuli semasa zaman sekolah.

"Banyak twit dia dah padam, bagi bukti nanti ya," katanya.

Uqasha berkongsi mengenai perkara itu menerusi ciapan di Twitter miliknya.

Sejak beberapa hari lalu, nama Uqasha menjadi bualan hangat netizen apabila seorang wanita yang mendakwa rakan sekolah aktres itu menuduhnya sebagai seorang pembuli ketika zaman persekolahannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum hilang trauma suami dipukul, Uqasha Senrose kesal tiba-tiba dituduh pembuli zaman sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia hayun berkali-kali di belakang kepala” - Uqasha Senrose cerita detik cemas Kamal Adli dipukul, pelaku dakwa dihantar pihak lain

Malah individu tersebut juga mendakwa pernah menjadi mangsa buli Uqasha.

Dalam pada itu, wanita berkenaan menerusi ciapan di Twitter pula memberitahu mahu menamatkan isu yang dibangkitkan selain bersedia bersemuka dengan Uqasha.

Dakwanya, Uqasha sudah berubah dan mahu aktres itu membuktikan bahawa dia bukan lagi orang sama seperti dahulu.

Uqasha serah pada peguam dan polis untuk siasat.

"Saya sedia untuk menyelesaikan perkara dengan Uqasha dan menamatkan isu ini. Saya percaya dia telah mengubah caranya sejak itu.

"Tunjukkan kepada saya bahawa anda bukan orang yang sama pernah menyebabkan saya terlalu sakit," ujarnya.

Uqasha dalam ciapan berbeza bagaimanapun berasa pelik dengan kenyataan terbaharu wanita tersebut yang secara tiba-tiba mahu berbaik.

Uqasha pelik wanita nak berbaik tiba-tiba.

"Eh tiba nak berbaik tapi masih cakap saya pembuli," katanya.

Pada 12 Mac lalu, suami Uqasha iaitu Kamal Adli diserang seorang lelaki menggunakan cota ketika terlibat dalam acara Hari Raya Mega Sale 2023 sehingga aktor itu mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala, wajah dan badan.

Uqasha pula berada dalam keadaan trauma apabila melihat sendiri Kamal diserang lelaki berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain