suria

Pengarah dan pelakon ‘Mentega Terbang’ diugut bunuh, kereta disimbah asid

Pengarah dan pelakon Mentega Terbang terima ugutan.

SUSULAN kontroversi filem Mentega Terbang, pengarah dan barisan pelakon filem itu didakwa berterusan menerima ugutan daripada pihak yang kurang senang dengan penerbitan karya berkenaan.

Menerusi satu hantaran di Twitter, seorang pengguna laman sosial memuat naik foto beberapa buah kenderaan milik pengarah dan pelakon dipercayai disimbah dengan asid dan cat.

Selain itu, beberapa keping nota ugutan bunuh turut ditinggalkan oleh individu berkenaan.

WhatsApp Image 2023-03-16 at 5.58.28 PM

Antara tulisan ugutan yang diterima.

Insiden itu mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang mengecam sekeras-keras tindakan melampau itu.

"Saya kecam sekeras-kerasnya ugutan-ugutan ini serta sebarang tindakan di luar batas undang-undang.

ARTIKEL BERKAITAN: Finas sudah jumpa produser Mentega Terbang, serah pada polis untuk siasatan

ARTIKEL BERKAITAN: Seniman buat laporan polis, 'blacklist' produksi Mentega Terbang hina agama Islam

"Rakyat Malaysia mesti patuh undang-undang. Jangan ambil tindakan yang boleh merosakkan harta benda dan mengancam nyawa.

"Ikut undang-undang, jangan ambil tindakan sendiri," jawabnya kepada gambar yang tular di Twitter.

Filem arahan Khairi Anwar ini mendapat kecamam banyak pihak kerana dikatakan memaparkan elemen menyentuh sensitiviti masyarakat terutamanya hal berkaitan agama Islam.

Sebanyak lapan laporan polis diterima yang mahu siasatan dijalankan terhadap karya terbitan Anomalist Production dan Men Kheng Entertainment itu.

WhatsApp Image 2023-03-16 at 5.59.38 PM

Fahmi mengecam sekeras-keras tindakan melampau itu.

Malah Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) juga sudah membuat laporan dan memohon siasatan dilakukan di bawah Akta Hasutan 1948.

Dalam perkembangan lain, pengarah, penerbit dan beberapa barisan pelakon Mentega Terbang sudah dipanggil pihak polis bagi membantu siasatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain