PELAKON dan pengarah Farid Kamil dihalang daripada bertemu dua anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora susulan isterinya, Diana Danielle memfailkan permohinan cerai terhadapnya awal bulan ini. Pengurus Farid, iaitu Azahari Hamid mengesahkan khabar angin tersebut dan menjelaskan pelakon berkenaan turut dihalang untuk kembali ke kediaman mereka. "Betul, dia memang dihalang untuk bertemu anak-anaknya. Dia dihalang untuk sampai ke rumah itu," katanya kepada mStar bagi pihak pelakon itu. Dalam pada itu, Azahari menjelaskan pasangan itu sudah tidak tinggal sebumbung sejak awal bulan Mac namun tidak memperincikan punca keretakan hubungan pasangan terbabit. Pasangan ini berkahwin pada 3 November 2012. Sebaliknya kata Azahari, Farid ketika ini sedang berusaha menyelamatkan rumah tangga yang dibina bersama Diana sejak 11 tahun lalu. "Tak sebumbung itu baru sahaja, dalam awal bulan ini," katanya ringkas. Pada Isnin, dunia hiburan dikejutkan dengan berita Diana memfailkan penceraian terhadap Farid, 42, namun pelakon utama filem Anwar: The Untold Story itu enggan melafazakan talak terhadap isterinya kerana masih ada perasaan sayang. ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil enggan lafaz talak... Diana Danielle dakwa berlaku perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle bangga dengan Farid Kamil, minta netizen jangan politikkan pegang watak Anwar Ibrahim Diana atau Diana Danielle Danny Benson, 32, memfailkan cerai tersebut pada Isnin mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor. Diana dalam permohonannya menyatakan tiada persefahaman selain shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup sebagai suami isteri sebagai punca dia memfailkan penceraian terhadap Farid. Pelakon filem Imaginur itu diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir manakala Farid diwakili Fakhrul Azman Abu Hassan. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora. Mahkamah memerintahkan kedua-dua mereka melalui proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) sebelum hasil perbincangan dikemukakan kepada mahkamah. Diana difahamkan melantik rakan rapatnya sebagai wakil manakala Farid belum memberi sebarang nama bagi pihaknya untuk proses itu. Hakim Syarie, Shukran Yusof menetapkan 28 Mac ini untuk membolehkan Farid memaklumkan mahkamah wakil bagi pihaknya dalam JKP tersebut. Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!