suria

[V] Shuhada tiada masalah kalau Hafidz Roshdi nak kahwin dua tapi biar betul caranya

Shuhada terima jika Hafidz suarakan niat berpoligami secara baik.

TIDAK pernah menolak jika ditakdirkan berpoligami, isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri sebaliknya hanya mahu kejujuran sekiranya benar suaminya itu memilih untuk beristeri dua.

Shuhada, 29, berkata, sebagai isteri dia berharap Hafidz dapat melaksanakan sunah Rasulullah SAW yang mana mampu menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik dan adil.

"Bagi saya sekiranya seseorang suami mahu berkahwin lain, sebaik-baiknya ikut sunah Rasulullah. Contohnya berkomunikasi dengan baik selain tidak melakukan perkara dilarang atau boleh mendatangkan dosa.

"Jadi kalau caranya betul, saya tiada masalah berpoligami," katanya kepada mStar.

Shuhada berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Selasa.

shuhada 22

Kemelut rumah tangga Hafidz dan Shuhada masih belum berakhir.

Dalam pada itu, Shuhada menegaskan dia tidak pernah berjumpa pihak ketiga yang didakwa sebagai penyondol untuk melakukan sebarang provokasi bagi mengeruhkan keadaan.

Sebaliknya kata Shuhada, dia cuma kesal apabila kepercayaan diberikan selama ini dikhianati dan tertanya-tanya mengapa wanita tersebut mahu merebut Hafidz daripadanya.

"Saya tak pernah lagi buat sebarang provokasi seperti tarik rambut atau maki hamun.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuhada dakwa Hafidz Roshdi dah dua kali lafaz cerai, melalui WhatsApp dan perbualan telefon

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Mahkamah arahkan Hafidz Roshdi jalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia

"Sebaliknya dalam fikiran saya adalah kenapa dia mahu berkahwin dengan suami saya? Selama ini saya rasa ditipu," jelasnya.

Sementara itu, ditanya sama ada dia akan memaafkan individu yang telah memporak-perandakan rumah tangganya, Shuhada memberitahu dia hanya manusia biasa yang tidak lari daripada menyimpan pelbagai perasaan.

Pun begitu, Shuhada berkata, dia tidak menyimpan dendam termasuk kepada Hafidz sebaliknya hanya mahu menegakkan maruah diri dan anak-anak.

Apa saya harapkan ialah doa yang baik-baik daripada semua pihak. Mengenai Hafidz pula, saya tidak menyimpan apa-apa dendam.

NURUL SHUHADA

ISTERI HAFIDZ ROSHDI

"Maaf atau tidak, saya hanya manusia biasa. Apa pun, saya akan cuba yang terbaik. Kalau berdendam sekalipun, nanti pada masa depan bimbang saya sendiri tak dapat meneruskan kehidupan.

"Apa saya harapkan ialah doa yang baik-baik daripada semua pihak. Mengenai Hafidz pula, saya tidak menyimpan apa-apa dendam. Bukan soal siapa menang atau kalah, apa yang saya perjuangkan adalah maruah diri dan anak-anak," katanya lagi.

Pada Selasa, Hakim Syarie Siti Rahmah Hussin menetapkan 9 Mei depan bagi sebutan semula pengesahan lafaz cerai dibuat Hafidz terhadap Shuhada.

Ia susulan Shuhada mendakwa dia pernah diceraikan sebanyak dua kali iaitu kali pertama pada 22 Januari lalu menerusi WhatsApp dan kali kedua melalui panggilan telefon pada 22 Februari lalu.

SHUHADA 4444

Shuhada hanya mahukan yang terbaik untuk semua pihak.

Peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Hafidz memohon satu tarikh lain bagi pihaknya menjawab tuntutan balas berhubung isu lafaz cerai itu.

Kes penceraian itu dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.

Pada 13 Mac lalu, Hafidz didakwa dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru atas pertuduhan menumbuk pipi kiri Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor.

shuhada 1212

Shuhada kini fokus membesarkan anak-anak.

Pelakon Tundukkan Playboy itu membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai Majistret.

Mengikut pertuduhan Hafidz didakwa menumbuk isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.

Mahkamah kemudian membenarkan Hafidz diikat jamin RM4,000 selain turut memerintahkan Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain