PENGARAH dan pelakon Syamsul Yusof menyangkal dakwaan isteri keduanya iaitu Ira Kazar sedang hamil anak pertama mereka. Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, berkata, sekiranya perkara itu benar dia sendiri akan memaklumkan kepada umum namun berita yang tersebar adalah fitnah semata-mata. "Itu fitnah... saya dapat tahu pun dari kenalan saya dan kalau mengandung pun, Alhamdulillah. "Tapi saya nak jelaskan memang (Ira) tidak hamil dan kalau ada berita baik saya akan beritahu," katanya kepada mStar. Syamsul minta peminat doakan dia, Sarah dan Ira Kazar. Syamsul turut memohon doa orang ramai supaya dia menjadi seorang suami yang baik dan adil buat kedua-dua isterinya. "Doakan sahaja yang baik-baik. Saya pun sentiasa berdoa supaya saya jadi seorang suami yang baik dan adil. "Orang kata kahwin ini pun salah satu jalan taubat juga," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Tuduhan sekadar rekaan, Puteri Sarah ingatkan Syamsul sedang disiasat, Ira sudah dipanggil ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul buat pendedahan Puteri Sarah berlaku curang dengan suami orang Dalam pada itu, Syamsul sedar isteri keduanya itu sedang menjadi sasaran kecaman netizen namun sering berpesan kepada Ira agar dia sentiasa bersabar dan menganggap apa yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri. "Semestinya sesiapa sahaja yang berada ditempat saya, dia atau Sarah sekali pun pasti akan terkesan. "Tapi saya sentiasa pesan pada Ira agar bersabar sebab ini ujian serta pasti ada hikmah. Jadi terus bersabar dan solat," katanya. Orang kata kahwin ini pun salah satu jalan taubat juga. SYAMSUL YUSOF PENGARAH/PELAKON Ditanya mengenai ada gerakan yang ingin memboikot filem arahannya selepas ini, Syamsul percaya rezeki itu datang daripada Allah SWT namun sedih apabila tahu tentang perkara tersebut. "Sudah tentu saya sedih tapi saya percaya rezeki Allah... kalau orang nak boikot pun saya Alhamdulillah sahaja," ujarnya. Pada petang Selasa, Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor. Antara alasan yang dikemukakan Syamsul adalah mendakwa Puteri Sarah berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang, meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah. Syamsul hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Sarah. Permohonan itu dibuat selepas Syamsul enggan menceraikan Sarah pada 7 Mac lalu sebelum mahkamah memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka. Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun. Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi. Sarah menerusi Instagram memohon agar Syamsul melepaskannya kerana tidak rela dimadukan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!