suria

Tuduhan sekadar rekaan, Puteri Sarah ingatkan Syamsul sedang disiasat, Ira sudah dipanggil

Puteri Sarah menyifatkan tuduhan Syamsul terhadapnya sebagai rekaan.

PELAKON Puteri Sarah Liyana mempersoalkan tindakan suaminya, Syamsul Yusof memfailkan permohonan nusyuz terhadapnya pada Selasa.

Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, sepanjang tempoh empat tahun rumah tangga mereka bergolak, Syamsul tidak pernah sekali pun membangkitkan hal dinyatakan dalam permohonannya di mahkamah.

Katanya lagi, dia yakin berada di pihak benar dan dakwaan dibuat Syamsul adalah sekadar rekaan semata-mata.

"Kenapa baru sekarang nak failkan nusyuz sedangkan masalah ini sudah berlaku sejak empat tahun lalu. Apa yang dia mahukan lagi?

Syamsul 1

Syamsul ditemani peguam Azmi Mohd Rais ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa.

"Buatlah apa pun sebab saya tak takut. Saya yakin berada di pihak yang benar.

"Cuma ingin saya ingatkan yang mereka (Syamsul dan Ira Kazar) sedang dalam siasatan di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah di bawah Seksyen 23,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul buat pendedahan Puteri Sarah berlaku curang dengan suami orang

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Puteri Sarah buat pendedahan mengejut pernah jadi mangsa pukul Syamsul

Luahan Puteri Sarah itu sekali gus memberi gambaran hubungan Syamsul dan isteri keduanya, Ira Kazar sudah lama terjalin.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata, dia tidak gentar dengan dakwaan dibuat terhadapnya malah menzahirkan rasa syukur kerana mendapat sokongan keluarga mentua ketika dia berdepan dengan kes mahkamah.

Malah kata Puteri Sarah, Ira juga sudah dipanggil untuk memberi keterangan dan sedang menunggu tindakan lanjut mahkamah.

1553552

Sarah mengingatkan Syamsul mengenai kes dalam siasatan melibatkannya dan isteri keduanya, Ira Kazar.

"Saya bersyukur kerana ibu mentua sentiasa berada di belakang saya dan dia sedia untuk menjadi saksi dan pencelah terhadap kes membabitkan saya dengan isteri kedua Syamsul dan ahli keluarganya yang sedang berjalan di mahkamah sekarang,” jelasnya.

Pada petang Selasa Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Antara alasan yang dikemukakan Syamsul adalah mendakwa Puteri Sarah berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang, meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain