suria

Jangan nak tuduh Syamsul kaki pukul, kalau buka cerita lama malu besar Farid Kamil

Syamsul mahu jumpa Farid di mahkamah.

PENGARAH Syamsul Yusof memberitahu dia masih menghormati Farid Kamil sebagai seorang rakan dan enggan membongkar kisah peribadi pelakon filem Remp-It itu seperti dilakukan terhadapnya.

Syamsul, 39, berkata, sekiranya dia membuka mulut mengenai perihal Farid dibimbangi aktor itu akan menanggung malu besar.

"Kalau perkara yang berlaku 15 tahun dulu sebab benda tak betul, adil ke sebagai seorang selebriti jumpa entah siapa-siapa di tepi jalan orang ini cakap begitu, esoknya jadi muka depan.

farid2 - 1

Syamsul kesal dengan tuduhan yang dilemparkan Farid.

"Tanpa hubungi saya, tanpa menyiasat, apa ini? Benda belas tahun dah berlalu. Kau ada cerita kau, aku ada cerita aku. Move on! Nak saya buka ke cerita yang dah lama?

"Sebab kalau saya buka cerita lama, malu pihak sebelah sana. Kalau aku cakap menangis tak sudah kau bro. Kau dah main hati dan perasaan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syamsul malas nak gaduh dengan Aaron Aziz... mahu seret Farid Kamil ke mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sudah berusia, faktor badan, kesihatan dan pandangan aktor lain antara sebab Aaron Aziz terpaksa digugurkan dalam Original Gangster

Syamsul tampil mengulas mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Jumaat.

Kata Syamsul, sebagai seorang lelaki yang mempunyai anak dan adik perempuan, tidak mungkin dia melakukan kekasaran kepada golongan berkenaan.

Dalam pada itu, Syamsul dalam nada sindiran berkata, meskipun Farid cuba menggambarkan dia sebagai seorang kaki pukul namun mempersoalkan hukuman penjara yang dikenakan terhadap aktor itu sebelum ini.

Tanpa hubungi saya, tanpa menyiasat, apa ini? Benda belas tahun dah berlalu. Kau ada cerita kau, aku ada cerita aku.

SYAMSUL YUSOF

PENGARAH

Kata Syamsul, dia enggan bertekak di media sosial sebaliknya meminta Farid terus melontarkan tuduhan terhadapnya agar mudah dijadikan bahan bukti di mahkamah.

"Saya saman sahaja senang cerita. Teruskan bercakap. Saya ada anak perempuan, saya ada ibu. Saya ada adik perempuan yang amat saya sayangi dan hormati mereka.

"Jangan gambarkan saya kaki pukul. Sedar tak, kenapa saya tak masuk penjara ni? Kenapa aku tak masuk penjara macam kau? Minta maaf cakap, sebab buktinya tak ada lagi," ujarnya.

Pun begitu, Syamsul turut meluahkan simpati terhadap Farid yang sedang berdepan masalah rumah tangga bersama isterinya, Diana Danielle.

"Saya tahu dia tengah sibuk dengan isu rumah tangganya, sorry about that. Tapi itulah, saya tak tahu dia ni apa hal, daripada dulu, apa masalah dia dengan saya pun tak tahulah.

farid1 - 1

Farid dipercayai pernah menyindir Syamsul.

"Tak puas hati kita jumpa di mahkamah, ikut undang-undang. Kenapa nak tunjuk kau lagi bagus daripada aku ke?” katanya.

Sebelum ini, Farid didakwa menyindir Syamsul berhubung isu keganasan yang dipercayai ditujukan kepada Syamsul.

Perkara itu dibuat sehari selepas isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah Liyana mendedahkan dia pernah dipukul suaminya itu ketika sebutan kes permohonan cerai mereka pada 7 Mac 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain