ISTERI kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri berdepan satu lagi ujian apabila dia menerima surat tuntutan dipercayai daripada pihak ketiga yang mengganggu rumah tangganya sebelum ini. Shuhada, 29, berkata, tuntutan tersebut berkaitan perkongsian yang pernah dimuat naik bertarikh 15 Februari 2023 yang mana ketika itu dia meluahkan perasaan berhubung suaminya bersikap curang. Susulan itu, Shuhada meluahkan rasa bimbang memandangkan ini kali pertama dia berdepan situasi tersebut selain mengenangkan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar. Shuhada akui bimbang berdepan tuntutan mahkamah. "Semalam (Jumaat) saya dimaklumkan oleh peguam bahawa ada menerima surat tuntutan daripada pihak ketiga. Pihak ketiga menuntut daripada tulisan saya di Instagram berkaitan ucapan terima kasih kerana menghancurkan hati saya dan anak-anak. "Susah hati juga saya belum pernah ada pengalaman ke mahkamah. Gementar juga memikirkan jumlah tuntutan ganti rugi yang bakal dituntut," katanya. Shuhada menulis perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Shuhada dakwa Hafidz Roshdi dah dua kali lafaz cerai, melalui WhatsApp dan perbualan telefon ARTIKEL BERKAITAN: Sambut Ramadan tanpa suami, Shuhada kuatkan diri demi anak-anak... “Tahun ini sangat berbeza” Dalam pada itu, Shuhada berkata, ujian bertimpa-timpa berkaitan rumah tangga membuatkan dia kurang bersedia daripada segi kewangan memandangkan tidak mempunyai simpanan. Shuhada berkata, dia sepatutnya lebih bersedia namun melihat cabaran dihadapi ketika ini sebagai cara untuk dia bangkit. "Waktu jadi suri rumah dulu, saya tak menyangka perkara ini akan terjadi. Waktu dulu, tidak sedar bahawa penting ada simpanan. Patutnya perlu lebih sedia, langit tak selalu cerah. Gementar juga memikirkan jumlah tuntutan ganti rugi yang bakal dituntut NURUL SHUHADA "Walaupun rasa seperti jatuh ditimpa tangga selepas proses penceraian, kes mahkamah syariah, kes keganasan rumah tangga dan yang ini pula. Tidak mengapa, saya bangkit!,” ujarnya. Untuk rekod kes perceraian antara Shuhada dan Hafidz masih berlarutan apabila dia mendakwa suaminya itu pernah melafazkan cerai sebanyak dua kali sebelum ini. Shuhada mendakwa Hafidz pernah melafazkan talak kepadanya menerusi mesej pesanan Whatsapp selain melalui panggilan telefon masing-masing pada 22 Januari dan 22 Februari 2023. Perbicaraan kes cerai Hafidz dan Shuhada juga belum selesai. Perbicaraan kes lafaz cerai mereka yang berlangsung pada Selasa lalu ditangguhkan ke 9 Mei depan. Sementara itu Hafidz juga berdepan dengan pertuduhan menumbuk pipi kiri Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor pada 2 Mac lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!