suria

Ibu sedia tengok Syamsul dan Puteri Sarah berdamai tapi ada syaratnya

Patimah menyokong Sarah untuk memilih jalan terbaik dalam rumah tangga.

IBU kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail sedia melihat anaknya itu berdamai dengan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana.

Bagaiamanapun Patimah menegaskan ada syarat perlu dipatuhi sekiranya Syamsul bersungguh mahu menyelamatkan rumah tangganya.

Pun begitu, Patimah juga menyolong jika Puteri Sarah mahu mencari kebahagiaannya sendiri sekiranya perpisahan adalah penyelesaian terbaik buat semua pihak.

sarah12 - 1

Sarah tetap dengan pendirian mahu menuntut cerai.

“Kami mohon Puteri Sarah berdamai dengan bersyarat, tetapi dia berhak membuat keputusan sendiri untuk meneruskan kehidupannya bersama anak-anak,” tulisnya.

Patimah menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya pada Sabtu.

Menerusi hantaran berbeza, Patimah menyatakan dia memahami apa sedang dilalui Puteri Sarah dan sentiasa menyokongnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Puteri Sarah minta Syamsul tunjuk bukti curang dengan suami orang

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syamsul nak bertentang mata bincang giliran bermalam malangnya Puteri Sarah enggan, berkeras mahu cerai

“Mama dan papa amat memahami derita yang ditanggung, Sarah berhak buat keputusan sendiri, harta paling berharga adalah Syaikhul dan Sumayyah.

“Mama tetap doakan kebahagiaan Sarah menantu kami dunia akhirat tiada pengganti,” ujarnya.

Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah terus berlarutan apabila pengarah itu enggan melafazkan cerai pada 7 Mac lalu sebelum mahkamah memerintahkan pasangan itu melantik Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Mama tetap doakan kebahagiaan Sarah menantu kami dunia akhirat tiada pengganti

DATIN PATIMAH

IBU SYAMSUL YUSOF

Pada petang Selasa lalu, Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Sementara itu Puteri Sarah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bagi memfailkan permohonan hadanah atau tuntutan hak penjagaan terhadap dua anaknya.

Pasangan ini sama-sama hadir pada sidang JKP di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) pada Jumaat bagi proses JPK bersama wakil masing-masing.

syamsul 33

Syamsul mahu mencari jalan damai dalam rumah tangga.

JPK berkenaan gagal mencapai sebarang keputusan apabila Puteri Sarah bertegas untuk meneruskan penceraian.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Summayah, 4 tahun.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul mendedahkan dia sudah bernikah dengan Ira Kazar yang berlangsung di Thailand.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain