suria

[V] Puteri Sarah minta Syamsul tunjuk bukti curang dengan suami orang

Puteri Sarah mohon Syamsul kemukakan bukti.

PELAKON Puteri Sarah Liyana meminta Syamsul Yusof mengemukakan bukti atas tuduhan mendakwa dia mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya yang juga berstatus suami orang.

Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, dia tidak peduli dengan tohmahan dibuat Syamsul dan akan mengambil tindakan undang-undang jika suaminya itu gagal mengemukakan bukti atas tuduhan tersebut.

Puteri Sarah juga sudah merujuk kepada peguamnya dan sedang menanti bukti yang bakal dikemukakan oleh pihak Syamsul.

sarah12 - 1

Puteri Sarah sentiasa tenang dan ceria.

"Kita sekarang bercakap dengan menggunakan bukti, bukan hanya sekadar cakap kosong.

"InsyaAllah memang akan ada tindakan sekiranya pihak sana gagal kemukakan bukti. Saya sekarang dalam peringkat, cakaplah apa sahaja nak cakap. Saya sudah tak peduli lagi.

"Kalau awak (Syamsul) dah kata saya macam-macam, lepaskan sahajalah saya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh berlaku curang dengan suami orang... ibu Syamsul minta Puteri Sarah lawan, ada bukti

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syamsul buat pendedahan Puteri Sarah minta cerai sebab ada orang lain, tak tergamak pukul isteri

Puteri Sarah berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas menghadiri sesi Jawatankuasa Pendamai (JPK) yang diadakan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) pada Jumaat.

Dalam pada itu, mengulas mengenai ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail yang menggalakkan mereka suami isteri bercerai, Puteri Sarah menjelaskan mereka ada sebab memintanya berbuat demikian.

Kita sekarang cakap dengan menggunakan bukti bukan hanya sekadar cakap kosong.

PUTERI SARAH

PELAKON

Ini kerana katanya, ibu dan bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam antara individu yang mengetahui kisah sebenar yang belaku dalam rumah tangga mereka.

"Sebab mak dia memang tahu apa yang berlaku. Selepas saya keluar rumah, saya tinggal dengan mak ayah dia. Saya bukan tinggal sendiri.

"Jadi, mak ayah dia memang tahulah apa yang berlaku. Sebab itulah mak mentua saya sanggup untuk menjadi saksi sebab nampak depan mata," katanya.

Pada 7 Mac lalu, Syamsul enggan melafazakan talak terhadap Puteri Sarah atas alasan masih menyayangi isterinya itu sebelum mahkamah memerintahkan pasangan itu melantik JPK bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian itu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Aktres itu menyatakan sudah tidak ada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

sarah2 - 1

Puteri Sarah enggan mempertahankan rumah tangga mereka lagi.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Summayah, 4 tahun.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain