suria

[V] Syamsul nak bertentang mata bincang giliran bermalam malangnya Puteri Sarah enggan, berkeras mahu cerai

Puteri Sarah nekad mahu menuntut penceraian.

JAWATANKUASA Pendamai (JKP) yang dilantik di antara Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana gagal menemui sebarang penyelesaian apabila aktres berkenaan nekad untuk menuntut penceraian terhadap suaminya itu.

Puteri Sarah berkata, dia konsisten dengan pendiriannya untuk bercerai malah tidak mahu rundingan lanjut JKP diadakan kerana jawapannya tetap sama dan hatinya telah tertutup buat Syamsul.

"Saya masih kekal dengan keputusan untuk bercerai dan enggan berdamai. Cukup-cukuplah, saya sudah penat," katanya ketika ditemui media selepas proses berkenaan yang berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) pada Jumaat.

sarah jkp1 - 1

Puteri Sarah nekad mahukan penceraian.

Menerusi JKP itu, Puteri Sarah diwakili adiknya dikenali sebagai Sofea manakala Syamsul pula mewakilkan sepupunya iaitu Mohammad Nazri.

Dalam pada itu, pelakon drama Aku Seorang Perempuan itu memberitahu dia memang tidak mahu bersemuka dengan Syamsul dan meminta pertemuan JKP diadakan secara berasingan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuduhan sekadar rekaan, Puteri Sarah ingatkan Syamsul sedang disiasat, Ira sudah dipanggil

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Syamsul fail nusyuz, Puteri Sarah pula naik mahkamah mohon hak penjagaan anak

Kata Puteri Sarah, dia sudah tidak ada hati untuk melihat wajah Syamsul dan berharap kes melibatkan mereka berdua diselesaikan dengan segera.

"Saya memang tak mahu bersemuka dengannya (Syamsul) dan minta kami bertemu dalam JKP secara berasingan. Kalau dia (Syamsul) tak nak juga (lafazkan cerai), saya akan gunakan hakam.

Saya masih kekal dengan keputusan untuk bercerai dan enggan berdamai. Cukup-cukuplah, saya sudah penat.

PUTERI SARAH

PELAKON

"Apa yang disebutkan tadi di hadapan ustazah, keputusan hari ini akan dibawa pada sebutan kedua permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada April ini," katanya.

Sementara itu, Syamsul yang ditemui meluahkan rasa kecewa apabila tidak dapat bertentang mata dengan isterinya itu bagi meluahkan perasaan dan cuba menyelesaikan kemelut di antara mereka.

Kata Syamsul, keengganan Puteri Sarah bertentang mata dengannya menyukarkan dia untuk mencari jalan damai dengan isteri pertamanya itu.

"Saya harap dapat jumpa Sarah tapi malangnya proses itu dijalankan secara berasingan. Saya akur dan mengharapkan masalah rumah tangga kami ini dapat diselesaikan dengan baik.

"Saya juga mahu Sarah menerima poligami ini. Saya mahu berbincang mengenai giliran bermalam bersama-sama isteri. Kalau dia tak mahu, saya tetap ingin berbincang.

"Saya sangka dapat bersemuka dengan dia tadi tapi proses JKP bukan begitu. Saya agak kecewa tetapi hanya itu proses mahkamah dan buat yang terbaik," katanya.

sarah jkp2 - 1

Puteri Sarah sudah tawar hati.

Syamsul berkata, dia akan mempertimbangkan permintaan Puteri Sarah untuk dilepaskan sekiranya dia bersedia bersemuka dengannya.

Ini kerana, keputusan bercerai bukan perkara mudah dilakukan sebaliknya pelbagai faktor perlu diambil kira agar tidak menimbulkan konflik lain selepas bercerai.

"Perceraian bukan perkara yang mudah untuk dilakukan. Hakikatnya ramai orang yang mengalami masalah besar selepas bercerai seperti tuntutan hak penjagaan anak, nafkah dan macam-macam lagi.

"Jadi sebab itulah saya nak sangat bertemu Sarah untuk berbincang dan menyelasaikan masalah ini dengan baik dan harmoni," tambahnya.

Pada 7 Mac lalu, Syamsul enggan melafazakan talak terhadap Puteri Sarah atas alasan masih menyayangi isterinya itu sebelum mahkamah memerintahkan pasangan itu melantik JPK bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian itu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Aktres itu menyatakan sudah tidak ada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Summayah, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain