suria

Bekas isteri minta Sam Bunkface tunjuk bukti kalau ada kesulitan bayar nafkah anak

Aida berharap Sam melunaskan tanggungjawab sebagai bapa dengan baik.

BEKAS isteri Sam Bunkface iaitu Aida Azira Hussin tidak bersetuju dengan permohonan dibuat oleh penyanyi itu berhubung nafkah anak lelaki tunggal mereka.

Aida, 36, berkata, sudah menjadi tanggungjawab Sam sebagai bapa untuk melunaskan nafkah buat anak mereka dan bukannya memohon untuk ia dipinda.

"Sudah tentu saya tidak bersetuju kerana itu memang tanggungjawab dia. Dia kena bayar nafkah ke atas anak dia secukupnya," katanya kepada pemberita.

Pada petang Selasa, Sam atau Shamsul Annuar Mohd Baharom, 35, dan Aida hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi sebutan kes pindaan nafkah mereka.

sam2 - 1

Aida dan anak lelakinya, Maleeq.

Dalam pada itu, Aida berkata, dia tidak melihat Sam mempunyai kesulitan membayar nafkah anak apatah lagi gambaran di media sosial tidak menunjukkan dia mengalami masalah.

Sebaliknya, Aida minta Sam mengemukakan bukti sekiranya dia tidak mempunyai pendapatan mahu pun tawaran persembahan yang menyebabkan dia ingin meminda nafkah anak mereka.

"Ya ke? Dia kena buktikanlah kalau dia tidak ada persembahan atau pendapatan. Tapi kalau tengok dekat media sosial macam bertentangan dengan apa yang dia cakap," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 2 tahun menduda, Sam Bunkface kembali bergelar suami orang - "Alhamdulillah... doakan yang baik-baik untuk kami"

ARTIKEL BERKAITAN: "Sudah tentu akan ada pengganti, perkahwinan sesuatu yang baik" - Sam Bunkface cari calon isteri, enggan lama menduda

Sementara itu, ditanya kali terakhir Sam bertemu anak mereka iaitu Maleeq, Aida memberitahu sudah enam bulan penyanyi itu tidak berjumpa dengan kanak-kanak berkenaan.

Lebih mengecewakan kata Aida, panggilan yang dibuat juga tidak dijawab.

"Mungkin dalam lima atau enam bulan sejak tahun lalu. Dia yang tak jumpa anak. Sudah tentu anak ada mencari dia.

"Anak saya cuba untuk menghubungi dia tetapi panggilan tidak dijawab. Hubungan kami pun macam itu sajalah. Berhubung hanya untuk anak," katanya.

sam1 - 1

Sam dan Aida bercerai pada 2019.

Sementara itu, Sam ketika ditemui enggan mengulas mengenai isu nafkah berkenaan.

"Selamat berpuasa, selamat beramal. Semoga Allah merahmati," katanya.

Untuk rekod, Sam dan Aida berkahwin pada 25 April 2015 namun bercerai pada Januari 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Maleeq yang kini berusia enam tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain