suria

Farid Kamil turut beli cincin untuk pujuk Diana sempena ulang tahun perkahwinan ke-11

Farid menunjukkan cincin yang dibeli buat Diana.

TIDAK hanya membawa sejambak bunga ros untuk isterinya, pelakon dan pengarah Farid Kamil mendedahkan sudah membeli sebentuk cincin buat Diana Danielle ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam pada pagi Selasa.

Farid atau Farid Kamil Zahari, 42, berkata, cincin tersebut dibeli khas buat Diana bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11 tahun ini.

"Saya sudah beli cincin sebagai sambutan ke-11 ulang tahun perkahwinan kami. Tidaklah mahal sangat, cukup sekadar ada," katanya kepada mStar.

farid 22

Farid turut membawa sejambak bunga ke mahkamah untuk isterinya.

Farid dan Diana hadir ke mahkamah bagi proses lantikan wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Sebelum itu, Farid yang tiba di mahkamah bersama peguam dan pihak pengurusannya turut membawa sejambak bunga ros berwarna merah sebagai tanda ingin memujuk Diana.

"Hari ini saya datang untuk memberi bunga kepada Diana sebagai tanda pendamaian pertama," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sejambak bunga ros buat Diana Danielle di mahkamah, langkah pertama Farid Kamil pujuk isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil enggan lafaz talak... Diana Danielle dakwa berlaku perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga

Kedua-dua mereka juga dilihat tenang ketika disapa media sebelum melangkah masuk ke bagi proses lantikan JKP.

Pada 20 Mac lalu, dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan berita Farid dan Diana hadir ke mahkamah bagi sebutan kes perceraian yang difailkan oleh isterinya itu pada awal Mac.

Bagaimanapun ketika itu Farid enggan melepaskan Diana dengan alasan masih sayangkan isterinya.

Saya sudah beli cincin sebagai sambutan ke-11 ulang tahun perkahwinan kami

FARID KAMIL

PELAKON/PENGARAH

Diana atau Diana Danielle Danny Benson, 32, memfailkan penceraian tersebut mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Diana dalam permohonannya menyatakan tiada persefahaman selain shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup sebagai suami isteri sebagai punca dia memfailkan penceraian terhadap Farid.

farid

Kemelut rumah tangga Farid dan Diana masih belum berkesudahan.

Pelakon filem Imaginur itu diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir manakala Farid diwakili Fakhrul Azman Abu Hassan.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain