PELAKON Farid Kamil hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam pada pagi Selasa membawa sejambak bunga ros merah dengan harapan dapat menjernihkan kembali hubungannya dengan isteri, Diana Danielle. Farid, 42, berkata, bunga itu juga adalah sebagai langkah pertama untuk memujuk Diana agar kembali ke pangkuannya. "Hari ini saya datang untuk memberi bunga kepada Diana sebagai tanda pendamaian pertama," katanya kepada mStar. Farid yang hadir ke mahkamah berbaju batik corak hitam putih kelihatan ceria bagi proses lantikan wakil Jawatankuasa Pendamai (JPK) bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka. Farid kelihatan ceria dan positif ketika hadir ke mahkamah. Sementara itu, Diana yang hadir memakai sut berwarna hitam sempat menyapa petugas media yang menantikan kehadirannya seawal 8 pagi. "Selamat pagi, salama Ramadan semua," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: “Rindunya pada mereka Ya Allah”... Farid Kamil ‘throwback’ momen indah tunai umrah bersama Diana dan anak-anak ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil enggan lafaz talak... Diana Danielle dakwa berlaku perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga Pada 20 Mac lalu, dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan berita Farid dan Diana hadir ke mahkamah bagi sebutan kes perceraian yang difailkan oleh isterinya itu pada awal Mac. Bagaimanapun pelakon utama filem Anwar: The Untold Story itu enggan melepaskan aktres itu kerana masih sayangkannya. Diana atau Diana Danielle Danny Benson, 32, memfailkan penceraian tersebut mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. Farid sedang berusaha menyelamatkan perkahwinannya dengan Diana. Diana dalam permohonannya menyatakan tiada persefahaman selain shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup sebagai suami isteri sebagai punca dia memfailkan penceraian terhadap Farid. Pelakon filem Imaginur itu diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir manakala Farid diwakili Fakhrul Azman Abu Hassan. Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!