suria

“Bukannya saya bogel” - Aliff Syukri minta tunggu video penuh, rayu jangan kecam isteri sarat hamil

Aliff harap netizen tidak terus memberi kecaman terhadap isterinya.

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa sedih apabila lagu raya terbaharunya Cak Cun Cak Raya mendapat kecaman hebat netizen.

Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, berkata, dia berasa pelik mengapa ramai membenci lagunya kerana ia sekadar hiburan sempena menyambut kemeriahan Aidilfitri.

"Sudah empat tahun saya jadi penyanyi, orang masih lagi belum dapat terima kehadiran saya. Perkara itu meamng buat saya rasa sedih.

aliff syukri 2

Aliff dan isteri bakal sambut anak keenam dalam masa terdekat.

"Saya buat lagu raya itu hanya untuk hiburan. Saya pun buat semua itu tanpa mendapat sokongan mana-mana pihak, semuanya buat sendiri.

"Kalau ada melihat ia sekadar hiburan, maka begitulah jadinya. Tetapi ramai pula yang cakap bukan-bukan sehingga ada yang fikir ke arah seksi," katanya ketika dihubungi mStar.

Khamis lalu, Aliff melancarkan teaser lagu tersebut dan mendapat kecaman orang ramai termasuk baju sut ketat yang dipakai menyerupai sut menyelam selain aksi lincah bersama penari latar yang dikatakan tidak sesuai.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak serik-serik! Aliff Syukri tampil sut ketat macam pakaian menyelam, ada pula kata macam Keluang Man

ARTIKEL BERKAITAN: PU Syed puji suara sedap, minta Aliff Syukri fahami erti Aidilfitri - “Lawan bukan ikut hawa nafsu”

Susulan itu juga, isteri Aliff iaitu Datin Seri Shahida turut menerima tempias apabila netizen mula memberi komen negatif terhadapnya.

Menjawab perkara itu, Aliff memohon agar orang ramai menghormati perasaan Shahida yang kini sedang sarat hamil dan menanti masa untuk bersalin.

"Tolonglah jaga perasaan isteri saya. Dia pun dah nak bersalin, jadi jangan libatkan dia atau beri komen negatif dalam keadaannya tengah sarat berbadan dua.

Saya tahu kes sebelum ini masih berjalan, jadi mestilah saya dah ambil kira semua faktor supaya tak menyentuh sensitiviti masyarakat

DATUK SERI ALIFF SYUKRI

USAHAWAN

"Keputusan untuk tampil dengan lagu itu adalah daripada saya sendiri. Biarkanlah isteri saya tenang sebab dia pun tengah tunggu masa nak bersalin," ujarnya.

Dalam masa sama, Aliff juga sedar bahawa dia perlu mengambil kira sensitiviti masyarakat memandangkan kes berkaitan dakwaan memuat naik video sumbang sebelum ini masih lagi dalam proses perbicaraan.

aliff syukri 3

Aliff yakin tiada unsur keterlaluan dalam MV lagu baharunya.

"Saya tahu kes sebelum ini masih berjalan, jadi mestilah saya dah ambil kira semua faktor supaya tak menyentuh sensitiviti masyarakat. Bukannya saya berbogel dalam video tersebut.

"Apa yang anda lihat itu hanyalah teaser sahaja. Tunggu video penuh lagu tersebut yang bakal saya lancarkan nanti,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain