suria

Sam Bunkface tak abai nafkah walaupun pendapatan terjejas, kesal bekas isteri sukarkan jumpa anak

Sam Bunkface tampil beri penjelasan mengenai nafkah anaknya.

PENYANYI Sam Bunkface menjelaskan dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap anak lelakinya iaitu Maleeq susulan membuat permohonan pindaan nafkah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam sebelum ini.

Sam atau Shamsul Annuar Mohd Bahrom, 35, menjelaskan dia sentiasa memberikan nafkah secukupnya buat Maleeq meskipun pendapatannya terjejas akibat pandemik Covid-19 tiga tahun lalu.

"Saya tak pernah langsung mengabaikan nafkah anak saya sebulan pun. Saya siap bayar lebih.

Sam tampil dengan penjelasan untuk bersihkan namanya.

"Maleeq dijaga secara bersama iaitu saya dua minggu manakala selebihnya bersama bekas isteri. Dia (bekas isteri) minta saya bayar RM1,300 untuk dua minggu... logik tak saya minta pindaan ini?

"Semasa musim PKP pendapatan saya terhad dan perniagaan saya juga terjejas tapi saya masih laksanakan tanggungjawab dengan baik," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri minta Sam Bunkface tunjuk bukti kalau ada kesulitan bayar nafkah anak

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 2 tahun menduda, Sam Bunkface kembali bergelar suami orang - “Alhamdulillah... doakan yang baik-baik untuk kami”

Sam membuat penjelasan itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Sabtu.

Vokalis kumpulan Bunkface itu membuat penjelasan itu sebagai respons kepada bekas isterinya, Aida Azira Hussin yang tidak bersetuju penyanyi itu membuat permohonan pindaan nafkah.

Aida turut meminta Sam membuktikan sekiranya dia tidak mempunyai pendapatan mahu pun tawaran persembahan yang menyebabkan dia membuat permohonan tersebut.

Kali terakhir saya jumpa Maleeq tiga bulan lepas dan memang ada halangan.

SAM BUNKFACE

PENYANYI

Menjelaskan mengenai perkara itu, Sam berkata, Aida sedia maklum tentang pendapatannya selepas dia berkongsi semua bukti di mahkamah berhubung alasan permohonannya itu.

Sam turut mempersoalkan tindakan Aida yang menilai kehidupannya berdasarkan apa dimuat naik di media sosial.

"Saya tak pernah tunjuk kesusahan atau kesenangan saya di media sosial. Kenapa nak menilai berdasarkan media sosial?

"Saya sudah serahkan semua bukti ketidakmampuan saya untuk membayar nafkah di mahkamah dan Aida juga sedia maklum mengenai perkara itu," jelasnya.

Sam dedah Azira tinggalkan anak di Melaka.

Dalam pada itu, Sam mendakwa dia telah dihalang daripada bertemu anak lelakinya itu dan kali terakhir mereka berjumpa tiga bulan lalu dan bukannya enam bulan seperti didakwa bekas isterinya.

Apa lebih mengecewakan kata Sam, Aida dilihat sengaja menyukarkan proses pertemuan dia dan Maleeq memandangkan ketika ini kanak-kanak itu bawah jagaan neneknya di Melaka.

"Kali terakhir saya jumpa Maleeq tiga bulan lepas dan memang ada halangan. Aida letak Maleeq di Melaka tanpa pengetahuan saya.

"Sebulan lebih saya tanya tapi dia suruh saya bercakap dengan peguamnya. Anak saya duduk di Melaka dan saya terpaksa berurusan dengan neneknya," kata Sam.

Sam dan Aida berkahwin pada 2015.

Sam turut mengakui dia turut menyekat nombor telefon bekas isterinya itu disebabkan menerima terlalu banyak ugutan selain sukar diajak berbincang.

Penyanyi itu juga turut berharap agar Aida menjadi seorang ibu yang bertanggungjawab dan tidak terus berdolak dalih.

Untuk rekod, Sam dan Aida berkahwin pada 25 April 2015 namun bercerai pada Januari 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka memiliki seorang cahaya mata iaitu Maleeq yang kini berusia enam tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain