SELEPAS lebih setahun status rumah tangga menjadi tanda tanya, pelawak dan pengacara Shuk Sahar akhirnya mengesahkan sudah bercerai dengan isterinya iaitu Rossa Sera. Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu. Menurut Shuk, keputusan untuk berpisah itu dibuat atas persetujuan bersama selepas mereka pulang mengerjakan ibadah umrah awal tahun ini. Shuk reda rumah tangga berakhir dengan perceraian. "Betul kami telah sah bercerai pada 22 Mac lalu dengan talak satu. "Selepas pulang umrah bersama, kami duduk berbincang, bercakap secara elok dan membuat keputusan untuk bercerai. Kami berpisah dengan baik," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat. Meskipun tiada lagi ikatan, Shuk memberitahu hubungannya dengan Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah masih baik demi dua orang cahaya mata mereka. ARTIKEL BERKAITAN: “Nervous tapi happy sangat”... Shuk Sahar tunai umrah bersama isteri, netizen syukur dah berbaik semula ARTIKEL BERKAITAN: “Sampai bercerai, kau masih sia-siakan dia” - Rossa Sera bukan lagi isteri Shuk Sahar, bengang kena ‘provoke’ dengan wanita bernama Fara Malah, Shuk menjadikan perceraian itu sebagai pengajaran buat dirinya untuk menjadi seorang lelaki yang lebih baik di masa akan datang. "Sekarang ini saya hanya fokus kepada anak-anak sahaja. Mereka (anak-anak) tinggal di Sabah bersama ibu Sera sebab anak yang sulung sudah mula sekolah darjah satu. Semoga saya akan menjadi orang yang lebih di masa akan datang SHUK SAHAR PELAWAK/PENGACARA "Apa yang berlaku ini menjadi teladan buat saya memperbaiki diri. Selama ini kita cuba cari haluan masing-masing untuk perbetulkan diri sendiri. "Semoga saya akan menjadi orang yang lebih di masa akan datang," ujar. Berkongsi keadaan dirinya kini, Shuk berkata dia reda dan tenang berdepan ujian ini dan mahu memberikan tumpuan kepada perniagaan produk kecantikan di aplikasi TikTok. Shuk bersama dua orang anaknya. "Saya okey sahaja! Teruskan berniaga dan jika ada tawaran untuk berlakon nanti saya akan terima. Buat masa sekarang memang aktif berniaga di TikTok," jelasnya. Untuk rekod, Shuk dan Sera berkahwin pada 2015 dan perkahwinan tersebut turut diserikan dengan kehadiran dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 7 dan Nur Assyifatu Aimi, 4. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!